• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Arah Henti Rampas Berus Bulu Babi Tetapi…

oleh
09/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada lagi rampasan akan dibuat terhadap berus diperbuat daripada bulu babi asalkan produk itu dilabelkan dengan jelas dan diasingkan untuk tidak mengelirukan pengguna.

Itu jaminan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai mengulas siri rampasan oleh penguat kuasa kementerian itu di seluruh negara sehingga menjadi tular minggu ini.

Beliau berkata, arahan itu telah dikeluarkan kepada pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas mesyuarat pasca-Kabinet kementerian tersebut di Putrajaya semalam.

“Semalam saya telah memaklumkan kepada pegawai-pegawai saya bahawa sepatutnya kita buat rampasan dengan secara lebih berhemah dan mengarahkan supaya mereka berhenti melakukan serbuan kepada kedai-kedai.

“Saya nak beritahu kepada pegawai saya, janganlah buat macam seolah-olah ada masalah besar dalam negara kita,” katanya pada sidang media bagi memperjelaskan tentang isu berus cat bulu babi yang kembali hangat baru-baru ini.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia, Datuk Kang Hua Keong; Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia, Hong Chee Meng; dan Pengerusi Eksekutif Persatuan Pemborong Barangan Logam Malaysia, Low Cheng Ho.

Ujar Hamzah lagi, langkah tersebut juga adalah selari dengan konsep masyarakat berbilang kaum yang hidup secara harmoni dan budaya saling hormat-menghormati di negara ini sejak sekian lama tanpa menghadapi masalah besar.

Beliau bagaimanapun menegaskan pengusaha premis berkenaan terutama bukan beragama Islam perlu melabel barangan diperbuat daripada bulu binatang seperti babi atau anjing kerana dianggap sensitif kepada umat Islam.

Justeru tempoh satu hingga dua bulan diberi kepada semua peniaga terlibat untuk melabelkan produk berkenaan atau berdepan tindakan berkaitan perihal dagangan jika ada aduan serta ketika pemeriksaan pihak KPDNKK.

“Kita minta kalau boleh peniaga ambil kertas saiz A4 misalnya dan tulis ‘Barang ini dibuat daripada bulu binatang’,” tegasnya sambil meminta peniaga sepatutnya juga lebih beretika dan bertanggungjawab memaklumkan pembeli.

“Kita sudah ada undang-undang berkaitan yang mengatakan dengan terang bahawa setiap barangan mesti ada label makluman di situ. Sama ada ia wajib atau tidak, memang selama ini pun telah ada undang-undang sedemikian.

“Selepas kita memberi amaran tegas kepada pengusaha dan jika mereka didapati masih degil tidak melabel produk berkenaan, kita akan mengambil tindakan terhadap mereka,” jelas Hamzah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: babiKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

Tinggal Dekat Dengan Babi, Boleh Hari-Hari Tengok Babi, Cium Babi, Makan Babi – Ridhuan Tee

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mencadangkan pemimpin yang suka pada babi supaya tinggal berdekatan dengan...

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

Ronnie Liu Desak Kerajaan Madani Selesaikan Segera Isu Penternakan Babi, Elak Hilang Keyakinan Bukan Melayu

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa Kerajaan Madani bakal hilang keyakinan komuniti bukan Melayu jika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd