Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Budak Maut, 7 Cedera...

Beaufort - Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala tujuh cedera selepas tiga rumah dihempap...

Bajet 2015: Mindef Cadang...

KLANG - Kementerian Pertahanan bercadang menambah peruntukan sewajarnya dalam Bajet 2015 bagi meningkatkan...

Barbie Lancar Anak Patung...

NEW YORK - Ketika Malaysia gempar dengan tindakan segelintir hotel biadab larang staf...

Miliki Payudara Luar Biasa,...

Hanya kerana nafsu, seorang lelaki di bandar Tengzhou di wilayah Shandong, China, tegar...

Mengemis Tidak Dibenarkan Di Seluruh Melaka

MELAKA – Kerajaan Melaka telah menguatkuasakan larangan mengemis daripada orang ramai di seluruh negeri tersebut.

Larangan berkenaan termasuk kepada mereka yang menjaja barangan secara jalanan atas nama rumah kebajian dan pertubuhan keagamaan.

Mereka yang ditangkap berbuat demikian kini boleh dikenakan hukuman.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata undang-undang sedia ada di bawah Enakmen Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Hal Ehwal Islam Melaka akan digunakan untuk heret mereka yang mengemis di jalanan ke mahkamah.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri itu mempunyai satu pangkalan data mengenai mereka yang menerima bantuan kewangan bulanan dan mereka yang meminta derma di jalanan dianggap menyalahi undang-undang.

“Mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap diberi bantuan bulanan, jadi kami merasakan tiada keperluan untuk sesiapa sahaja beralih kepada perbuatan meminta sedekah.

“Kami juga mahu membersihkan negeri ini daripada golongan meminta sedekah dengan cara menjaja barangan atas nama rumah kebajikan atau pertubuhan keagamaan,” katanya.

Amaran itu, katanya, turut digunapakai terhadap warga asing yang meminta derma untuk tujuan amal.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedar kewujudan sindiket mengeksploitasi kanak-kanak dengan meminta mereka mendapatkan sedekah daripada orang ramai termasuk kawasan tumpuan pelancong.


Jelas Idris, terdapat juga aduan kanak-kanak digunakan untuk memaksa orang ramai membeli buku agama di luar perkarangan bank, restoran dan kawasan tumpuan orang ramai.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut meminta bantuan daripada Kementerian Dalam Negeri untuk menangkap pesalah tersebut dan mengheret mereka ke mahkamah.

Katanya, pengawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam negeri juga akan mengesan mereka yang menjaja barangan keagamaan.

Idris berkata, undang-undang itu juga membabitkan mereka yang mengeksploitasi kanak-kanak untuk menjual barangan, kononnya bagi membiayai pertubuhan amal.

“Kami juga mendapat laporan bahawa wang yang diperolehi kanak-kanak itu dimasukkan ke dalam akaun individu yang dipercayai dalang kepada sindiket tersebut,” katanya. – mStar Online

Kategori