• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mekanik Ditahan Kerana Catatan Palsu Wanita Dirogol & Bunuh Di Miri

oleh AK-47
16/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

MIRI – Polis menahan seorang mekanik kereta berusia 23 tahun kerana membuat catatan palsu dalam Facebook dengan mendakwa seorang wanita dirogol dan dibunuh di bandar raya ini.

Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata suspek dari Long Atap, Akah Ulu Baram, ditahan di sini pada pukul 11.30 malam tadi berikutan laporan polis dibuat selepas catatan tersebut ditular di media sosial semalam.

“Polis telah menjalankan siasatan dan mendapati catatan itu adalah palsu kerana tidak ada kes rogol dan bunuh berlaku di bandaraya Miri semalam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, telefon bimbit suspek turut dirampas bagi tujuan siasatan.

Beliau berkata, suspek dan pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘Ody Chica Rito’ telah memuat naik gambar seorang wanita ditemui terbaring dalam keadaan bogel di tengah-tengah jalan di sini, semalam.

Khoo berkata suspek juga telah memuat naik gambar tersebut di laman Facebook Miri Community II dan Miri City Community semalam sehingga menyebabkan imej itu ditular dalam media sosial.

Pemilik akaun Facebook itu mendakwa mangsa telah dirogol dan dibunuh sebelum dicampak berdekatan sebuah restoran makanan segera di bandar raya ini.

Katanya, catatan palsu itu telah menimbulkan kebimbangan dan panik dalam kalangan orang awam di sini.

Menurutnya, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat catatan palsu di media sosial. – BERNAMA

Tags: ACP Khoo Leng HuatMekanik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekanik Maut, Rakan Parah Nahas Babit 2 RXZ

Mekanik Maut, Rakan Parah Nahas Babit 2 RXZ

10/03/2025
0

KUANTAN: Seorang mekanik maut, manakala rakan parah selepas motosikal Yamaha RXZ ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 211, Lebuhraya...

Lori Terjunam Dalam Jalan Mendap: JKR Serah Pihak Berkuasa Siasat

Mekanik Tidak Mengaku Cuba Bunuh Tunang Bekas Isteri

21/06/2024
1

GEORGETOWN: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. atas tuduhan cuba membunuh seorang lelaki dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd