• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Hampa Tunggu Suspek Tak Kunjung Tiba

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kira-kira 100 wakil media tempatan dan antarabangsa berkumpul di kompleks mahkamah di sini seawal 7 pagi bagi membuat liputan mengenai penahanan reman suspek wanita berhubung pembunuhan warga Korea Utara di negara ini pada Isnin, yang dilaporkan sebagai abang kepada pemimpin Korea Utara.

Beberapa wakil media tempatan juga berkumpul di Mahkamah Majistret Sepang apabila menerima maklumat kemungkinan suspek akan direman di mahkamah itu.

Tindakan pihak polis yang ‘mengunci rapat mulut’ berhubung lokasi suspek akan direman menyebabkan warga media terpaksa menunggu di kedua-dua lokasi berkenaan.

Pada satu ketika warga media di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini dikatakan ‘menerima maklumat’ kononnya suspek ‘telah tiba’ di mahkamah sehingga mereka berkejaran untuk mendapatkan posisi yang baik bagi merakamkan wajah wanita warga asing terbabit.

Bagaimanapun, selepas menunggu kira-kira empat jam, warga media mula resah apabila kelibat suspek terbabit langsung tidak kelihatan sehinggalah menerima perkhabaran bahawa dua suspek wanita berkenaan telah pun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi mendapatkan perintah reman.

Isnin lalu, Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilapor berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki pesawat ke Macau apabila seorang wanita didakwa menutup mukanya dengan kain yang diletak racun.

Jong-nam yang menggunakan nama Kim Chol dilapor mati dalam perjalanan ke hospital.

Beberapa warga media turut kelihatan hampa apabila terlepas membuat liputan prosiding reman di IPD Sepang.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan prosiding reman tersebut dan berkata kedua-dua wanita berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Sementara itu seorang wartawan daripada sebuah akhbar perdana Korea Selatan yang hanya mahu dikenali sebagai Park, 36, berkata pembunuhan Kim Chol menjadi tajuk utama berita kerana rakyat Korea Selatan mahu mengetahui lebih banyak perkembangan kes tersebut.

Park yang tiba dengan jurufotonya semalam berkata mereka akan membuat liputan kes berkenaan sehingga mayat mangsa dibawa balik ke Korea Utara.

Seorang wartawan Jepun, Hiroshi Sukagawa, 23, yang tiba di Malaysia pada Selasa berkata kes tersebut mempunyai nilai berita tinggi buat rakyat Jepun.

Beliau yang bekerja untuk Tokyo Broadcasting System (TBS) berkata rakyat Jepun berminat dengan berita mengenai Korea Utara kerana kedua-dua negara terletak berdekatan antara satu sama lain.

“Walaupun kami baru mengetahui mengenai berita ini dan tidak mempunyai banyak maklumat mengenainya, kami sedang berusaha memperolehnya.

“Rakyat Jepun begitu berminat untuk mengetahui mengenai Korea Utara terutama berkaitan pemimpin mereka kerana pemimpin mereka menjadi ancaman kepada negara kami,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kim Cholmedia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Biadap! Wanita Ini Koyak, Bakar, Kencing Atas Al-Quran

Next Post

Aktif Di FB Mungkin Punca Jong-Nam Dibunuh

Related Posts

Kes Bunuh Pemandu E-hailing: Mahkamah Benar Pendakwaan Bantah Dua Laporan Polis Tertuduh

Bicara Kes 1MDB: Kami Tidak Boleh Kawal Media – DPP

05/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Jumaat...

Kerajaan Alu-Alukan Media Anjur Program Debat – Fahmi

Kerajaan Alu-Alukan Media Anjur Program Debat – Fahmi

29/07/2023
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengalu-alukan platform media penyiaran untuk menganjurkan program debat antara calon-calon yang bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Next Post

Aktif Di FB Mungkin Punca Jong-Nam Dibunuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd