• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mati Tergantung Di Pencawang Elektrik

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Seorang lelaki ditemui mati tergantung dikabel pencawang tiang elektrik selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Jalan Bubul Lama di sini petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba Semporna Fazizul Hizham Borhan berkata mangsa Mohd Said Jainol, 35, disyaki terkena renjatan dari kabel yang disambung secara haram.

“Bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.30 petang dan menghantar duajentera bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya anggota teknikal Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kemudiannya digegaskan ke tempat kejadian untuk menurunkan mangsa. Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Peter Umbuas mengesahkan kejadian tersebut.

Sementara itu di Tawau, seorang warga emas maut dan isterinya cedera parah dalam kemalangan membabitkan kereta proton dan Toyota Vigo di Simpang Lapangan Terbang Tawau, Batu 18 Jalan Apas pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata dalam kejadian pukul 9.15 pagi itu, mangsa yang maut ialah seorang pesara guru Ismail Osman, 68, manakala yang cedera parah Karnih Sukarti, 57, kedua-duanya dari Lahad Datu.

“Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati kemalangan tersebut berlaku ketika mangsa yang memandu dalam perjalanan dari arah Bandar Tawau menuju Lapangan Terbang Tawau dan cuba masuk ke simpang lapangan terbang telah dilanggar oleh Toyota Vigo yang datang dari arah Balung menghala ke BandarTawau di jalan lurus,” katanya.

Fadil berkata akibat dari itu mangsa dan isterinya telah mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut sebelum Ismail disahkan meninggal dunia pada pukul 2 petang Sabtu. – BERNAMA

Tags: mautPencawang Elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd