• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Lancar Laluan Kuala Lumpur-Jeddah

oleh AK-47
21/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malindo Air melancarkan laluan penerbangan baharu dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi, dengan singgahan sejam di Ahmedabad, India.

Malindo Air berkata, tambang promosi pengenalan (pergi balik terangkum) bagi penerbangan itu bermula daripada RM3,999 bagi kelas perniagaan dan RM2,899 bagi kelas ekonomi.

Syarikat penerbangan itu berkata ia akan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Aziz, Jeddah, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dua kali seminggu bermula hari ini sehingga 25 Mac, 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Murthy berkata, pembukaan laluan baharu ke Jeddah itu adalah untuk memasuki pintu masuk utama ke kota suci Arab Saudi, Makkah dan Madinah.

“Ia akan menyediakan satu lagi pilihan mampu milik bagi pelanggan beragama Islam kami untuk menunaikan Umrah dan Haji,” katanya.

Chandran berkata Malindo Air yakin dengan sambutan terhadap laluan ini.

“Kami telahpun mempunyai rancangan untuk meningkatkan kekerapan kami daripada dua kali kepada empat kali seminggu dan penerbangan setiap hari semasa bulan Ramadan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Arab SaudiJeddahMalindo Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd