• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Pusat Auto Asia Jika PSA Rakan Kongsi Proton

oleh
26/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta terkenal, PSA Group dari Perancis mempunyai rancangan besar untuk mentransformasi Malaysia sebagai pangkalan srategik bagi membangun dan mengeluarkan kereta baharu untuk pasaran global jika cadangan kerjasamanya dengan Proton menjadi kenyataan, kata sumber industri.

Beliau juga berkata, PSA Group yang mengeluarkan kereta Peugeot dan Citroen, merancang untuk membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Asia.

Ini bermakna jika mereka dapat bekerjasama dengan Proton, Malaysia sudah pasti akan mendapat manfaat dengan menjadi pusat R&D Asia PSA.

Oleh itu, usaha sama dengan rakan kongsi stategik asing akan membolehkan pengeluar kereta nasional itu berkembang ke peringkat global.

Ketika ini, sebagai syarikat yang berdiri sendiri dan tidak menggunakan sepenuhnya kapasiti pengeluaran bagi dua kilangnya, beliau berkata, adalah mustahil untuk Proton mencapai ekonomi skala besar bagi bersaing dalam pasaran global.

Proton memerlukan kepakaran serta dana untuk program R&D bagi membolehkannya bersaing dengan jenama kereta global sama ada di dalam negara atau seberang laut kerana ia masih berada di peringkat bawah dalam teknologi automotif tempatan.

Ini kerana kos R&D boleh mencecah berbilion ringgit dan Proton tidak mampu untuk melaksanakannya secara sendirian.

Sebagai contoh, kos pembangunan hanya satu model, Proton Iriz bernilai RM600 juta dan ini tidak termasuk pemasaran, pengedaran dan kos lain yang berkaitan.

Untuk mendapatkan kembali kos pembangunan sebanyak RM600 juta itu, iaitu kira-kira RM60,000 seunit, Proton perlu menjual 10,000 kereta Iriz, kata sumber tersebut.

Penggiat lain dalam industri seperti Honda dan Toyota, mampu untuk menyebarkan kos mereka kepada berjuta-juta kereta kerana kereta mereka dijual di seluruh dunia.

“Oleh itu, kos berkenaan disebarkan dengan volum yang tinggi di banyak negara,” kata sumber berkenaan.

Malaysia Pusat Auto Asia Jika PSA Rakan Kongsi Proton

Awal minggu ini, Geely Automobile Holdings Ltd dari China berkata, ia bersedia berkongsi kepakaran yang dibangunkan secara bersama dengan kereta Volvo, iaitu anak syarikat Swedennya, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menguasai Proton.

Selain itu, Volvo milik Geely di Malaysia telah memperoleh status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) untuk modelnya yang dilengkapkan dengan enjin Drive-E tahun lepas.

Sumber itu berkata, adalah jelas untuk Proton menjalin usaha sama dengan rakan kongsi strategik asing jika ia ingin berjaya.

“Satu cara untuk melakukannya ialah dengan bekerjasama dengan syarikat auto besar, di mana setakat 15 Februari lepas, satu daripadanya telah menyerahkan bidaan mereka kepada Proton untuk menjalin hubungan jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Seorang penganalisis kereta menyebut bagaimana Proton masih menghasilkan kereta dengan enjin Euro 4 yang menjadikannya mustahil untuk menjualnya di United Kingdom kerana pasaran Eropah hanya mahukan kereta berenjin stantard pelepasan asap Euro 6.

Bagaimanapun rakan kongsi asing boleh membanu dalam pengeluaran enjin baharu melalui reka bentuk dan teknologi baharu yang diterima di pasaran maju.

Sehubungan itu, usaha menembusi pasaran maju yang akan meningkatkan pengeluaran di semua kemudahan pengeluarannya sudah tentu akan berjaya memulihkan Proton.

Menyedari hal ini dan keperluan untuk berkembang ke peringkat global, konglomerat kereta DRB-Hicom sentiasa berusaha mendapatkan rakan kongsi strategik asing sejak mengambil alih Proton pada Mac 2012.

Sebagaimana dijelaskan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani minggu lepas, kerajaan telah memiliki Proton selama 32 tahun dan Khazanah telah cuba memulihkannya, tetapi mereka juga tidak berjaya.

Kini Proton telah diserahkan kepada DRB-Hicom yang menyedari Proton perlu bertindak lebih daripada hanya menghasilkan kereta untuk pasaran domestik, kerana terdapat keperluan untuk memasarkan kereta ke seberang laut bagi meningkatkan volum dan mengekalkan operasi syarikat.

Dengan rakan kongsi asing, kira-kira 100,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung akan terjamin di samping mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. – BERNAMA

Tags: PerancisProtonPSA Group
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd