• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Miliki Kepakaran Mengesan & Menganalisis

oleh AK-47
27/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai kepakaran dan teknologi untuk mengesan dan menganalisis Agen Saraf VX yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam biarpun negara tidak mempunyai pengalaman mengendalikan bahan kimia itu sebelum ini.

Profesor Jabatan Kimia Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Prof Dr Abdul Rahim Yacob berkata kepakaran ahli kimia negara diiktiraf seluruh dunia dan tidak sewajarnya ada pihak meragui analisis dan siasatan yang dibuat berkaitan kes itu.

Berpengalaman dalam bidang sains forensik lebih 20 tahun dan pernah berkhidmat sebagai ahli kimia di Jabatan Kimia Malaysia selama 10 tahun, Abdul Rahim yakin jabatan berkenaan mempunyai kebolehan menjalankan analisis senjata kimia itu.

“Ahli kimia kita wajib berdaftar setiap tahun dengan Institut Kimia Malaysia (IKM). Ini kerana, mereka terikat dengan Akta Ahli Kimia Malaysia iaitu tidak boleh mengesahkan atau mengeluarkan sebarang laporan seperti laporan bedah siasat sekiranya tidak berdaftar.

Kita juga mempunyai kelengkapan teknologi canggih mengesan racun dan sisa-sisa kimia seperti mesin High-performance liquid chromatography (HPLC), UV Detector dan gas chromatography. Jadi, tidak perlu timbul keraguan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Rahim berkata sehubungan itu tidak timbul keperluan untuk Malaysia menggunakan kepakaran negara luar berikutan memiliki kepakaran tempatan dan teknologi terkini bagi mengkaji penggunaan bahan toksik itu dalam kes berkenaan.

Senjata kimia yang tidak mempunyai rasa serta bau itu boleh melumpuhkan sistem saraf dan orang yang terkena VX boleh mati dalam masa setengah jam akibat tidak boleh bernafas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata bahan kimia ‘Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphonothiolate’ atau Agen Saraf VX telah digunakan dalam pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Feb lepas untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang mengandungi cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya namun meninggal dunia semasa dalam perjalanan. – BERNAMA

Tags: Agen Saraf VXProf Dr Abdul Rahim Yacob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

FAMA Meterai Perjanjian Dengan 3 Pengusaha Jagung

Next Post

Shah Firdaus Raih Gangsa Di Kejohanan Trek Piala Dunia

Related Posts

Najib Kutuk Serangan Agen Saraf Di Salisbury

20/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan agen saraf baru-baru ini ke...

Polis UK Kenal Pasti 200 Saksi Serangan Agen Saraf

11/03/2018
0

SALISBURY - Polis British mengenal pasti lebih 200 saksi dan meneliti lebih daripada 240 bahan bukti dalam siasatan serangan agen...

Next Post

Shah Firdaus Raih Gangsa Di Kejohanan Trek Piala Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd