• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakaman CCTV Klia2, MAHB Bertanggungjawab

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis diarah untuk menjalankan siasatan ke atas Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagaimana rakaman kamera litar tertutup yang dikaitkan dengan kes kematian Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (klia2), boleh disiarkan oleh media asing.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata MAHB bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aspek keselamatan di lapangan terbang termasuk klia2 dan polis hanya membantu.

“Itu yang kita siasat (siapa edar rakaman CCTV), rakaman tersebut mungkin tak daripada polis kerana yang mengurus lapangan terbang ialah MAHB, yang melantik anggota keselamatan ialah MAHB, polis bantuan.

“Polis sedang menyiasat pihak MAHB, siapa yang buat… kerana sudah tentu bukan polis, saya tidak mahu PDRM dipersalah dalam pengedaran video tersebut, pengurusan di bawah MAHB, MAHB kena bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis serah tugas Yang Dipertua Pemadam di sini hari ini.

Rakaman berdurasi 2.33 saat di klia2 itu disiarkan sebuah syarikat penyiaran asing itu dan tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Pada 13 Februari lalu, Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. – BERNAMA

Tags: Datuk Nur Jazlan Mohamedkes bunuhKim Jong-NamMAHB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd