• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lesen 34 Syarikat Jualan Langsung Dibatalkan

oleh Ahmad Albab
07/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lesen 34 syarikat jualan langsung dan skim piramid (MLM) telah dibatalkan setakat ini kerana menyalahi peruntukan undang-undang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kesalahan itu melibatkan aktiviti mempromosi jualan langsung dan skim piramid serta merekrut peserta bagi menyertai skim berkenaan.

“Ini kesalahan yang sangat serius dan kami di kementerian memberi perhatian khusus kepada aduan berkaitan pelanggaran undang-undang seperti termaktub dalam Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

“Kami tidak berkompromi dengan syarikat yang gagal mematuhi peraturan itu dan tidak akan teragak-agak membatalkan lesen mereka,” katanya selepas menyerahkan lesen jualan langsung kepada 27 syarikat di sini hari ini.

Menurut akta itu, syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda dan penjara yang sangat berat bergantung kepada jenis kesalahan seperti tidak memiliki lesen sah dan tidak memaklumkan pertukaran alamat premis perniagaan kepada kementerian.

Akta Jualan Langsung 1993 mentakrifkan jualan langsung sebagai jualan dari pintu ke pintu dan jualan pesanan manakala skim piramid pula ialah satu bentuk pelan pemasaran yang menekankan pencarian anggota baharu dalam bentuk penajaan. – BERNAMA

Tags: Hamzah Zainuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

03/12/2023
0

PETALING JAYA : Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, semalam membuktikan sokongan padu pengundi Melayu sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd