• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Korea Utara Yang Ditahan Adalah Pakar Kimia

oleh AK-47
20/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suspek keempat yang ditangkap atas kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un mempunyai kepakaran dalam bidang kimia.

Ri Jong-chol, dari Pyongyang lulus dalam bidang sains dan perubatan dari sebuah universiti di Korea Utara pada tahun 2000.

Kira-kira 10 tahun kemudian dia telah terlibat dalam penyelidikan di Kolkata, India, sehingga 2011.

Sumber berkata, Jong-chol kemudian kembali ke Pyongyang sebelum dia mendapat tawaran daripada sebuah syarikat IT yang berpangkalan di Malaysia.

“Ia masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa dia turut terlibat dengan penggunaan cecair beracun yang digunakan untuk membunuh Jong-nam, oleh itu siasatan masih dijalankan.

“Dia juga sedang disoal mengenai lokasi tiga lagi individu lain yang masih bebas,” kata sumber berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek yang berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.50 malam. Jumaat.

Berdasarkan penemuan kad pengenalan Korea Utara (i-Kad), suspek dikenal pasti sebagai Ri Jong-chol, dilahirkan pada 6 Mei 1970 dan merupakan warganegara Korea Utara.

Suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama pada Jumaat.

Dengan penahanan suspek itu, polis kini memburu tiga lagi individu dipercayai dalang utama kes pembunuhan Jong-nam.

Sebelum ini polis menahan dua suspek wanita masing-masing warga Vietnam dan Indonesia, selepas dipercayai terbabit dalam pembunuhan Jong-nam, di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Isnin lalu. – mStar Online

Tags: Kim Jong-NamKorea Utarapembunuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd