• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki India Nama Cina Pada MyKad Anak Angkat

oleh Ahmad Albab
28/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Seorang lelaki yang secara tiba-tiba menarik perhatian ramai selepas MyKadnya menjadi tular di media sosial kerana dikatakan mempunyai penampilan yang tidak sepadan dengan namanya, sebenarnya adalah rakyat Malaysia.

Netizen mendakwa lelaki itu yang bernama Pang Chee Pin, merupakan warga Bangladesh disebabkan dia tidak kelihatan seperti orang Cina.

Kunjungan The Star ke alamat di Segamat Baru yang tertera pada MyKad itu mendedahkan bahawa Pang dibesarkan oleh keluarga angkat berketurunan Cina sejak dia dilahirkan.

Bagaimanapun, dia tidak lagi menetap di sana.

Sepupunya yang hanya mahu dikenali sebagai Susan, 50, berkata, dia pernah tinggal bersama Chee Pin sejak sepupunya itu berusia setahun.

Katanya, Chee Pin dijadikan anak angkat dan dibesarkan oleh mendiang bapa saudaranya.

“Saya dan dia adalah sepupu. Tetapi bapa saudara saya meninggal dunia kira-kira 25 tahun lalu, ibu bapa saya mengambil alih menjaga dia. Dia meninggalkan rumah kami kira-kira enam tahun lalu.

“Kali terakhir kami berjumpa adalah kira-kira tiga tahun lalu di Kuala Lumpur semasa dia dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, Isnin.

Tambahnya, sejak itu mereka terputus hubungan.

Menurut Susan, bapa saudara memberi nama sepupunya dengan nama Cina selepas menjadikannya sebagai anak angkat dari keluarga kandung berketurunan India di Simpang Renggam.

Katanya, Chee Pin mempunyai nama India selepas dilahirkan.

Tambah Susan, bapa saudaranya meminta kebenaran daripada pihak berkuasa berkaitan bagi membolehkan nama anak angkatnya itu ditukarkan kepada nama Cina.

Chee Ping fasih berbahasa Mandarin, Hakka dan Kantonis dan bersekolah yang sama dengan Susan di sebuah sekolah rendah Cina.

“Menurut ibu, Chee Pin dijadikan anak angkat oleh bapa saudara saya dan isterinya bagi membantu mengurangkan beban keluarga kandung Chee Pin,” katanya, sambil menambah bapa saudaranya turut mempunyai dua anak perempuan.

Susan berkata, dia menyedari mengenai MyKad milik sepupunya yang menjadi tular, sambil menambah pihak polis telah datang ke rumahnya pada Ahad bagi merekodkan keterangannya.

Menurut Susan, lelaki di dalam MyKad itu adalah rakyat Malaysia dan berharap orang ramai berhenti berkongsi paparan kad pengenalan milik sepupunya itu di media sosial. – mStar Online

Tags: anak angkatcina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd