• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Le Pen Boleh Menang Pilihan Raya Presiden Perancis

oleh Ahmad Albab
26/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Dengan jurang pilihan raya kini semakin rapat dan pencabar utamanya terbabit dalam skandal perbelanjaan, tidak mustahil pemimpin sayap kanan Marine Le Pen dipilih sebagai Presiden Perancis Mei ini.

Ahli politik kanan dan pemerhati percaya, kekuatan sama yang mendorong undian Brexit di Britain dan pencapaian Donald Trump di Amerika Syarikat (AS) mungkin mencetuskan kejayaan buat Le Pen.

Malah, beberapa pesaingnya mengakui kejayaan buat pemimpin lantang parti National Front (FN) itu tidak mustahil.

“Saya fikir Le Pen mungkin dipilih,” kata bekas Perdana Menteri konservatif, Jean-Pierre Raffarin.

Seorang lagi bekas Perdana Menteri dari Sosialis, Manuel Valls, turut memberi amaran agak bahaya beranggapan Le Pen tidak boleh menang.

Tinjauan menunjukkan sokongan buat calon antipendatang dan anti Kesatuan Eropah (EU) itu konsisten selama empat tahun berturut-turut.

Sejak 2013, tinjauan menunjukkan pemimpin parti FN berambut perang berusia 48 tahun itu akan melepasi pusingan pertama pemilihan untuk sampai ke peringkat kedua, dalam pilihan raya presiden dua peringkat di Perancis.

Skandal melingkari pencabarnya dari konservatif, Francois Fillon, memberi kelebihan buat Le Pen.

Tekanan ke atas Fillon, 62, meningkat apabila pendakwa raya mengumumkan beliau berdepan siasatan penuh perundangan terhadap dakwaan membayar isterinya ratusan ribu euro untuk tugas parlimen yang tidak pernah dilakukannya. – AFP

Tags: PerancisPilihan Raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

“Semua Orang Boleh Janji Bulan Dan Bintang’ – TMJ

20/06/2026
0

MUAR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengingatkan ahli politik supaya tidak memberi janji-janji kosong kepada rakyat Johor. Baginda...

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

GPS Tiada Kaitan Kempen PH Di Johor, Kehadiran Menteri Pelancongan Kapasiti Peribadi

16/06/2026
0

KUCHING – Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam kempen pilihan raya di Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd