Tuesday, September 10, 2024

Creating liberating content

Penyerahan Geran RPT Changkat...

TELUK INTAN - Hampir 80 peratus masalah penyerahan geran Rancangan Perumahan Tersusun (RPT)...

Dr. Zakir Naik Setuju...

KUALA NERUS - Ilmuan ulung Islam, Dr. Zakir Naik bersetuju menerima pelawaan kerajaan...

Hillary Clinton Bakal Jadi...

PANAMA CITY - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata beliau percaya Hillary...

Lelaki Tempatan Sah Positif...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun yang bekerja di Macau,...

Lagi Peluk Islam Di Ceramah Zakir Depan Raja Perlis

ARAU – Penjelasan terperinci mengenai agama Islam oleh pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik pada ceramah di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah membuka hati seorang pelajar warga India untuk memeluk agama Islam.

Pelajar peringkat pengajian doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti awam di negara ini, melafazkan dua kalimah syahadah dibimbing Dr. Zakir sendiri dengan bersaksikan kira-kira 1,000 hadirin di sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut, R.A. Shivaleela, 40, berkata sebelum ini beliau pernah membaca dan mencari ilmu tentang ajaran Islam melalu beberapa buku dan video di YouTube.

“Tapi kini saya amat tertarik dan berpuas hati dengan penjelasan Dr. Zakir tentang kewujudan Allah,” katanya sambil menyatakan tindakan memeluk Islam dibuat adalah atas kerelaan dirinya sendiri.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut hadir pada ceramah itu.

Hadir sama Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohamad Nazim Mohamad Nor dan Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.


Terdahulu, dalam ceramahnya bertajuk “Quran and Modern Science: Conflict or Conciliation” yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan UniMAP, Dr. Zakir berkata umat Islam perlu hindari perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merugikan masyarakat Islam.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya hadir bukan untuk menimbulkan fitnah atau menghina mana-mana agama, namun untuk mencari persamaan dan penyatuan,” katanya yang pertama kali berkunjung ke Perlis. – BERNAMA

Kategori