• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Nan Kesal Difitnah Konon Kata Guru Malas Berpolitik

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI… Fitnah yang ditabur semacam ini memang telah jelas nawaitunya. Ini sengaja dibuat pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebabkan rakyat agar berasa marah kepada kerajaan.

Bayangkan akibatnya apabila ada netizen tertentu yang menyebarkan petikan kononnya Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata bahawa ‘guru malas berpolitik punca Barisan Nasional (BN) lemah’.

“Astaghfirullah… saya telah difitnah,” kata beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung BN itu dalam kenyataan menerusi akaun Facebook beliau dipetik oleh portal tempatan AgendaDaily semalam.

“Hentikanlah buat macam-macam fitnah, cerita yang tidak betul dan suka manipulasi hal yang tidak benar. Tak ada faedahnya perkara seperti ini… Kita sekarang ini hidup dalam zaman yang penuh fitnah.

“Berhati-hatilah apabila baca apa-apa, jangan terus sebar cerita. Nilai dulu puncanya dan kaji sumber yang beri. Jangan terus percaya pada berita yang sengaja direka-reka. Ada banyak pihak yang suka perkara macam ni…

“Marilah kita hindari perbuatan itu. Lebih baik kita buat kerja berfaedah, tumpu pada perkara yang baik daripada hendak sebar cerita fitnah,” jelas Tengku Adnan lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen BN Putrajaya.

Portal itu menyatakan bahawa permainan fitnah seperti ini memang dijangka lebih-lebih lagi apabila makin hampir menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti yang melibatkan tokoh parti dan pemimpin kerajaan.

Ada penganalisis politik menyifatkan Tengku Adnan menjadi sasaran netizen antikerajaan kerana kenyataan berani beliau mencadangakan Pulau Pinang menjadi sebahagian Wilayah Persekutuan akibat kegagalan DAP.

Baru-baru ini, rakyat dikejutkan dengan kicauan menerusi Twitter oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali kononnya ada menteri Kabinet UMNO bakal meletak jawatan kerana marah dengan isu 1MDB.

Ia segera dinafikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sambil menegaskan dengan nada sinis bahawa menteri dimaksudkan itu. Datuk Seri Anifah Aman sempat ceria swafoto bersamanya.

Sebaliknya apa yang berlaku, seorang Ahli Parlimen DAP dan tiga ADUNnya di Melaka secara mengejut bertindak keluar parti kerana marah dengan kepimpinan pakatan pembangkang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Pun Failkan Apa-Apa Permohonan, Mahkamah Boleh Keluar Perintah Baharu Pada Hari Sama – Yusfari

Tidak Perlu Pun Failkan Apa-Apa Permohonan, Mahkamah Boleh Keluar Perintah Baharu Pada Hari Sama – Yusfari

09/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor, Dr Yusfarizal Yussoff berpandangan bahawa perintah mahkamah untuk melepaskan Datuk...

Ruangan Komen Hantaran Terbaharu FB Peguam Negara Tidak Boleh Diakses

Ruangan Komen Hantaran Terbaharu FB Peguam Negara Tidak Boleh Diakses

09/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ruangan komen pada hantaran terbaharu Facebook Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar yang memaparkan ucapan Selamat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd