• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Semula Caj Rawat Kanser, Ambil Kira Beban Rakyat

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan sedang mengkaji semula kadar caj yang dikenakan kepada pesakit kanser di semua hospital kerajaan yang menawarkan rawatan penyakit barah.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. S. Jeyaindran berkatam, kajian itu akan mengambil kira beban rakyat terutama mereka berpendapatan rendah (B40), orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

“Bayaran dikenakan di hospital kerajaan sangat minimum dan disubsidi sepenuhnya iaitu hampir percuma, berbanding hospital swasta mengenakan caj antara RM20,000 hingga ratusan ribu ringgit bergantung kepada jenis rawatan dan tahap keseriusan penyakit.

“Ada pesakit yang dirujuk dari hospital swasta ke hospital kerajaan yang mana mereka mampu dan sanggup membayar tetapi hospital kerajaan tiada struktur yuran untuk rawatan ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Fun Walk 2017 anjuran Institut Kanser Negara (IKN), di sini hari ini.

Menurutnya yuran yang mungkin dikenakan kepada mereka yang berkemampuan adalah tidak membebankan dan berada dalam lingkungan 20 peratus daripada kos sebenar rawatan kanser.

Pada masa yang sama, Dr. Jeyaindran berkata bagi pesakit yang tidak berkemampuan seperti golongan B40, OKU dan warga emas, mereka boleh merujuk kepada pegawai kebajikan kementerian di setiap hospital bagi mendapatkan pengecualian pembayaran.

Beliau berkata ketika ini terdapat enam hospital rujukan untuk rawatan kanser di seluruh negara iaitu IKN, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, Hospital Umum Sarawak di Kuching dan Hospital Likas di Kota Kinabalu.

Mengulas mengenai program Fun Walk sejauh lima kilometer itu, beliau berkata ia melibatkan 1,300 peserta termasuk bekas pesakit kanser, bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kanser dan pemeriksaan peringkat awal.

“Kita amat sedih kerana ramai yang datang mendapatkan rawatan apabila kanser sudah masuk tahap tiga atau empat kerana mereka malu untuk menjalankan pemeriksaan pada peringkat awal. Ini yang menyebabkan kos rawatan tinggi,” katanya.

Menurutnya, ketika ini kanser payudara adalah yang paling tinggi ditemui dalam kalangan wanita, manakala kanser paru-paru paling banyak ditemui dalam kalangan lelaki akibat amalan merokok.

Dr Jeyaindran berkata kerajaan juga menjalankan pelbagai program bagi mengurangkan risiko kanser kepada rakyat antaranya program suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) bagi mencegah kanser serviks dalam kalangan pelajar perempuan berusia 13 tahun yang kini telah mencapai 98 peratus.

Ditanya mengenai rawatan tradisional dan kontemporari untuk pesakit kanser yang sering ditemui di media sosial, Dr Jeyaindran berkata mereka mestilah mempunyai bukti kukuh secara saintifik yang menunjukkan rawatan itu benar-benar berkesan dan bukan sekadar testimoni yang diragui kesahihannya.

Katanya di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2013, pengamal perubatan tradisional harus berdaftar dan mereka akan diberi kursus etika perubatan.

“Di IKN sendiri ada rawatan seperti akupuntur dan herba tradisional Cina untuk merawat kesan sampingan yang mungkin timbul akibat rawatan kanser seperti loya-loya dan sebagainya,” jelas Dr Jeyaindran. – BERNAMA

Tags: kanserKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd