• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Hari Wartawan Mulai Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMBON (INDONESIA) – Kerajaan merancang mengadakan Hari Wartawan Kebangsaan Malaysia mulai tahun ini bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pengamal media terhadap negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata sudah tiba masanya untuk mewujudkan penghargaan tersebut bagi meraikan golongan pengamal media.

Justeru, katanya, kementeriannya akan berbincang dan bekerjasama dengan kepemimpinan organisasi media dalam negara bagi memilih tarikh dan melaksanakan hari wartawan berkenaan sebagai acara tahunan.

“Kita juga akan mengundang Persatuan Wartawan Indonesia untuk memeriahkan Hari Wartawan Kebangsaan Malaysia sebagaimana yang dilakukan sempena Hari Pers Nasional yang diadakan di Indonesia pada setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama ketua-ketua pengarang dan editor media Indonesia dan Malaysia sempena Hari Pers Nasional Indonesia yang berlangsung di sini, semalam.

Lebih 40 pemimpin organisasi media Malaysia dan Indonesia menghadiri majlis itu termasuk Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Hadir sama Penasihat Kanan Agensi Berita Nasional Indonesia (Antara), Saiful Hadi serta Setiausaha Agung Persatuan Wartawan Indonesia, Hendri Bangun.

Salleh, juga mengetuai delegasi 20 pengamal media Malaysia bagi menghadiri majlis perasmian Hari Pers Nasional oleh Presiden Joko Widodo, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga menghargai kewujudan Iswami (Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia) sebagai satu usaha mengeratkan hubungan antara wartawan Malaysia dengan wartawan Indonesia.

Katanya, hubungan seumpama itu secara jelas memterjemahkan hubungan serumpun antara rakyat di kedua-dua buah negara.

“Dalam soal serumpun, kita harus meningkatkan lagi hubungan kerjasama dan harus bersikap terbuka dengan tidak menganggap perbezaan sebagai penghalang dalam sebarang kerjasama,” katanya.

Sementara itu, Zulkefli yang juga Presiden Iswami Malaysia, berkata, undangan kepada pengamal media Malaysia untuk menyertai Hari Pers Nasional Indonesia itu adalah sebagai satu peluang untuk membuka pintu kerjasama antara rakyat Malaysia dan Indonesia.

Katanya, hubungan itu telah mengeratkan hubungan sesama insan serumpun dan juga berkongsi persefahaman mengenai persamaan budaya dan bahasa. – BERNAMA

Tags: Kerajaanwartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd