• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Akan Jumpa Setiausaha Agung FAM Esok

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan berjumpa Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) esok berhubung pencalonannya bagi merebut jawatan presiden badan induk itu.

Namun Khairy menjelaskan beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya.

“Mungkin esok saya akan berjumpa Setiausaha Agung FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) sebab dia kata kena isi borang.

“Sama ada nak bertanding atau tidak, tunggulah nanti,” katanya pada sidang media selepas Program FitMalaysia peringkat Sabah di sini, hari ini.

Tiga lagi nama yang dicalonkan untuk menerajui badan induk tersebut iaitu pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat.

Setakat ini hanya Annuar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah mengesahkan untuk bertanding jawatan itu pada Kongres FAM, 25 Mac ini.

Sebelum ini, Khairy pernah memberi kenyataan akan memberi laluan kepada Tunku Ismail sekiranya Tunku Mahkota Johor itu bertanding jawatan Presiden FAM tetapi sebelum menarik diri, beliau mahu melihat terlebih dahulu TMJ membuat pengesahan bertanding secara rasmi. – BERNAMA

Tags: FAMKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd