• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rogol: Lelaki Dipenjara 48 Tahun, 50 Sebatan

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Gara-gara merogol dua anak saudara yang merupakan adik-beradik berusia 15 dan 16 tahun pada 2015, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 48 tahun dan 50 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu di sini hari ini.

Tertuduh yang berusia 44 tahun menukar pengakuan kepada bersalah hari ini, terhadap lima pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nazri Ismail.

Pada 30 Dis 2015, bekas pemandu jentolak itu mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah dan didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan hingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol anak saudaranya berusia 16 tahun ketika kejadian, di sebuah rumah di Pasir Puteh, antara 7 pagi hingga 8 pagi pada Ogos dan November 2015.

Bagi pertuduhan ketiga hingga kelima pula, tertuduh didakwa merogol seorang lagi anak saudaranya yang berusia 15 tahun, di tempat sama, antara 7 pagi hingga 8 pagi pada Ogos, September dan Oktober 2015.

Bagi pertuduhan pertama dan ketiga, Nazri menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan 20 sebatan dan bagi pertuduhan kedua, keempat dan kelima dia dipenjara masing-masing 12 tahun dengan 10 sebatan.

Hakim memerintahkan hukuman berjalan berturut-turut bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 14 Dis 2015.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias memohon hukuman berat kepada tertuduh kerana mengambil kesempatan terhadap dua anak saudaranya yang naif dan sepatutnya lelaki itu melindungi mereka, selain mangsa masih di bawah umur dan perbuatan yang dilakukan itu adalah sangat jijik.

Mengikut fakta kes, tertuduh masuk ke bilik mangsa pertama yang berusia 16 tahun ketika orang lain tiada di rumah dan memaksanya melakukan hubungan seks pada bulan Ogos dan November 2015.

Kejadian sama turut menimpa adik mangsa yang berusia 15 tahun pada Ogos, September dan Oktober 2015.

Kedua-dua mangsa diugut supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada orang lain dan turut dipaksa melakukan hubungan seks sekiranya tidak mahu rakaman gambar bogel mereka disebarkan kepada umum. – BERNAMA

Tags: kes rogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd