• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kelar Bayi, Keluarga Akan Diberi Kaunseling

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberikan perkhidmatan kaunseling kepada keluarga ibu yang mengelar bayinya berusia dua bulan di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Timbalan Menterinya Datuk Azizah Mohd Dun berkata pihaknya difahamkan bahawa ibu berusia 32 tahun itu mengalami gangguan emosi yang dikenali sebagai “meroyan” yang lazimnya berlaku kepada ibu selepas bersalin.

“Pihak kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan akan menyediakan kaunselor untuk memberi kaunseling kepada keluarga terlibat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil tamat latihan Modul Bakeri Program Latihan Kemahiran Khas Suri rumah “My Home Chef” 2.0, di sini hari ini.

Semalam, seorang ibu dipercayai mengelar leher bayi perempuannya berusia dua bulan setengah hingga mati dalam satu kejadian di Kuarters Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Kota Bharu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata siasatan awal mendapati suspek, isteri kepada seorang anggota tentera itu berkemungkinan mengalami gangguan emosi.

Azizah berkata kes gangguan emosi dalam kalangan wanita selepas bersalin jarang berlaku di negara ini dalam bentuk yang ekstrem seperti yang berlaku kepada wanita terbabit.

Ditanya mengenai cadangan supaya jururawat yang melawat ibu selepas bersalin melakukan pemeriksaan mental, beliau berkata masalah “meroyan” sukar untuk dijangka dan boleh berlaku secara tiba-tiba.

“Memang sudah menjadi kelaziman bidan atau jururawat melawat ke rumah dalam tempoh berpantang, tetapi insiden seperti ini tidak boleh diramal. Memang ada kes meroyan tetapi tidak begitu ekstrem seperti ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azizah Mohd Dunbayikelar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd