• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Pakatan, PPBM Cuma Untuk Rampas Kuasa!

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – DAP Johor mengakui kerjasama antara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semata-mata bagi menumbangkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya, Liew Chin Tong turut mengakui bahawa kerjasama antara Pakatan Harapan dan PPBM juga semata-mata untuk mendapatkan kuasa untuk memerintah Malaysia.

“Walaupun bahasa dan gaya kita mungkin berbeza, tujuan dan cita-cita kita adalah satu untuk menumbangkan UMNO-BN bagi menubuhkan kerajaan baru.

“Oleh itu amat penting juga bagi kita meyakinkan semua lapisan masyarakat pelbagai kaum dan agama melalui kempen bersama di peringkat kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan yang dibarisi oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) menandatangani perjanjian kerjasama dengan PPBM baru-baru ini.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP dan PKR dua tahun lalu bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap menyusahkan pembangkang.

PPBM pula ditubuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berdendam dengan UMNO selepas hasrat beliau mengangkat orang kanannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ditolak akar umbi parti itu. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: DAPJohorPPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd