• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Belum Ada Kata Putus Haramkan Dego Ride

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan mengharamkan perkhidmatan ‘Dego Ride’ di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Katanya walaupun perkhidmatan itu dilihat sebagai sesuatu yang inovatif dalam industri pengangkutan awam negara, namun ia perlu dikaji secara teliti dahulu sebelum membuat keputusan.

“Kabinet tidak ada setuju ataupun tidak setuju mengenainya (Dego Ride) kerana setakat ini kita masih tidak ada lagi undang-undang berkaitan dengannya.

“Kita kena kaji dahulu tekanan pasaran Dego Ride sebagaimana perkhidmatan Uber kerana ia dilihat mempelbagaikan pilihan kepada pengguna, selain platform kepada golongan berpendapatan bawah 40 peratus (B40) menjana pendapatan sampingan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Makmal Transformasi Bas Ekspres, di sini, hari ini.

Rabu lalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata kabinet bersetuju dengan keputusan kementerian berkenaan untuk mengharamkan perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride atas faktor keselamatan.

Nancy berkata keputusan itu disuarakan Kementerian Pengangkutan untuk melarang perkhidmatan Dego Ride belum muktamad, justeru ia terbuka kepada penilaian dan perbincangan lanjut.

“Saya ingin mengambil pendekatan neutral dalam isu Dego Ride ini kerana kita tidak mahu menyekat inovasi pengangkutan awam di Malaysia.

“Berhubung apa yang dikatakan Kementerian Pengangkutan sebelum ini, setahu saya kabinet belum ada kata putus lagi untuk mengharamkan Dego Ride,” katanya.

Selasa lalu, Dego Ride mengarahkan kesemua penunggang motosikalnya menghentikan operasi serta-merta atas arahan Kementerian Pengangkutan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj yang turut menyifatkan keputusan itu sebagai tindakan tergesa-gesa, berkata kehidupan isi rumah kira-kira 6,000 penunggang Dego Ride terjejas kerana mereka menjadikan perkhidmatan itu sebagai punca pendapatan. – BERNAMA

Tags: Dego Ride
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penunggang Dego Ride Perlu Diwajibkan Lesen PSV

02/01/2020
0

PETALING JAYA - Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) digesa memberikan layanan sama terhadap penunggang perkhidmatan e-hailing motosikal pertama negara, Dego...

Teksi Motosikal Dego Ride Kembali Beroperasi Hari Ini

01/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan teksi motosikal tempatan, Dego Ride kembali beroperasi hari ini setelah mendapat kelulusan khas daripada Kabinet. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd