Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

KKLW Komited Bantu Orang...

SEREMBAN - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) komited dalam membantu masyarakat...

Najib Umum Pengubahsuaian Bajet...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pengubahsuaian...

PRU15: Selangor Kekal Tidak...

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor mengekalkan pendirian tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Rekod 3,386 Kes Baharu

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,386 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif...

Kenderaan Berhenti Atas Petak Kuning Kurang Sivik!

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye mahu pihak berkuasa bertindak tegas ke atas kenderaan yang berhenti di atas petak kuning sementara menunggu lampu isyarat bertukar menjadi hijau.

Tegas beliau, perbuatan tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya seperti itu antara punca berlaku kesesakan lalu lintas berlaku di negara ini terutama di bandar-bandar besar.

“Kesesakan jalan raya adalah perkara biasa di bandar-bandar besar, tetapi ada diantaranya dapat dielakkan jika pengguna jalan raya lebih berbudi bahasa dan mematuhi undang-undang.

“Antara sikap tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya adalah kecenderungan memasuki petak kuning sementara menunggu lampu isyarat bertukar menjadi hijau.

“Ia menunjukkan kurangnya kesedaran sivik dan tingkah laku yang tidak baik dalam kalangan mereka selain tidak mempunyai budi bahasa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lam Thye berkata, cubaan meloloskan kereta melalui kotak kuning ketika lampu isyarat telah betukar kuning menunjukkan mereka yang tidak mempunyai kesabaran dan mementingkan diri.

Kata beliau, sikap sedemikian boleh juga menyebabkan kemalangan jalan raya.


Justeru, katanya, jika segala kempen kesedaran yang diadakan untuk pengguna jalan raya tidak berkesan, maka sudah tiba masa tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.

“Jika ia tidak berkesan, operasi menahan pengguna jalan raya yang tidak berhemah dan melanggar peraturan jalan raya perlu dilancarkan.

“Tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan apabila kempen mendidik pengguna jalan raya untuk lebih berhemah dan menghormati undang-undang tidak lagi berkesan untuk melindungi orang ramai,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori