• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan TN50 Perlukan Aspirasi, Pandangan Belia

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kejayaan dalam merealisasikan Transformasi Nasional (TN50) menjelang 2050 memerlukan kerajaan mendengar aspirasi dan pandangan golongan muda di negara ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata walaupun usaha TN50 digerakkan oleh kerajaan sekarang, namun hasilnya akan dinikmati oleh generasi masa depan.

“Ini bermakna para belia hari ini merupakan generasi penerus kesinambungan pembangunan ini yang akan menikmati manfaatnya.

“Begitulah pentingnya perancangan pemimpin dan kerajaan pada hari ini dalam melaksanakan agenda pembangunan dan merangka persiapan untuk negara melangkah ke fasa kemajuan yang lebih mencabar menjelang 2050,” katanya ketika merasmikan Dialog TN50 yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di sini hari ini.

Musa berkata kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan landasan menerusi program seperti dialog itu untuk para belia berkongsi pandangan dan aspirasi demi manjayakan TN50 ini.

Menurutnya, inisiatif itu jelas membuktikan ketelusan polisi Najib yang sentiasa mendengar suara dan aspirasi golongan muda dalam membuat dasar, merancang masa depan, mentadbir dan mengurus negara pada masa akan datang.

“Menerusi program-program yang diadakan, saya optimis bahawa kita akan dapat mengenal pasti kehendak, kecenderungan dan keperluan saudara dan saudari khususnya para belia di peringkat akar umbi,” katanya.

Mengenai belia di Sabah pula, Musa berkata beliau yakin mereka mempunyai bakat dan potensi besar serta keupayaan dan jati diri unggul dalam diri untuk turut menyumbang secara signifikan dan seterusnya menjayakan TN50.

Sementara itu, Khairy berkata walaupun aspirasi TN50 merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020, ia tidak hanya tertumpu kepada pembangunan ekonomi semata-mata, tetapi lebih menyeluruh dari segi mewujudkan satu ketamadunan moden.

“Apabila kita mendefinisikan sebuah negara, ia bukan berdasarkan angka-angka ekonomi, tetapi dari segi kesenian kita, tamadun kita, warisan dan budaya kita.

“Jadi bagi saya, eksesais kita dalam TN50 ini bukan hanya menyentuh soal kerja, tetapi nilai-nilai berkenaan adalah cara kita mahu hidup dalam sebuah negara,” katanya kepada pemberita selepas dialog itu.

Khairy berkata lebih 1,200 belia menyertai dialog itu dengan lebih 35 cadangan disampaikan bagi menjayakan TN50, kebanyakannya memberi penekanan kepada pembangunan lebih mampan dan lestari.

“Ini juga seiring dengan visi Ketua Menteri Sabah yang menyatakan pembangunan bukan hanya untuk hari ini.

“Kerajaan Sabah sudah melihat ke hadapan, saya percaya dan yakin dengan pendekatan Sabah dan pendekatan TN50 akan menjadi pelengkap kepada apa yang diusahakan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Selepas Sabah yang menjadi negeri pertama jelajah dialog tersebut, Khairy berkata beliau akan menjelajah Terengganu pada 27 Feb ini, diikuti Johor pada 3 Mac dan Perak pada 8 Mac.

Beliau juga berkata program serupa akan dipanjangkan ke daerah lain di seluruh Sabah dengan diketuai Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan. – BERNAMA

Tags: Musa AmanTN50
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesian… Labi-Labi ‘Obesiti’ Tersangkut Pada Longkang

Next Post

LIMA’17 Dapat Sambutan, 95% Ruang Sudah Dijual

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

Next Post

LIMA'17 Dapat Sambutan, 95% Ruang Sudah Dijual

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd