Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

TMJ Disahkan Presiden FAM...

KUALA LUMPUR - Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya akan disahkan sebagai Presiden Persatuan...

RM200 Kepada Anak Lahir...

KUALA LUMPUR - Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 akan diberikan kepada setiap anak...

Dele Challenge: “Kawan Kata...

PETALING JAYA - Setelah laman sosial dibanjiri video-video tarian Kiki Challenge, kini timbul...

Panas! Nafi Masalah Batin,...

PERGOLAKAN rumah tangga kedua pasangan ini masih belum jumpa jalan penyelesaian nampaknya. Keadaan menjadi...

Kathmandu Antara Bandar Paling Teruk Tercemar Di Dunia

KATHMANDU – Ibu negara Nepal, Kathmandu dinamakan antara bandar yang mempunyai kualiti udara paling teruk di dunia.

Berdasarkan laporan kajian oleh syarikat penyelidikan berpangkalan di Serbia iaitu Numbeo, daripada 209 bandar di dunia Kathmandu menduduki tempat ketujuh kualiti udara paling teruk.

Menurut ‘Pollution Index 2017’ dikeluarkan Numbeo, kedudukan Kathmandu jauh lebih teruk berbanding Beijing, China dan New Delhi, India.

Indek pencemaran udara direkodkan 95.73 menjadikan Kathmandu bandar ketiga pencemaran udara paling teruk di Asia Tenggara.

Selain itu, dalam laporan Numbeo 2017 Kabul, Afghanistan di tempat pertama bandar paling tercemar diikuti Accra, Ghana dan Tetovo, Macedonia.

Sementara itu, bandar paling kurang tercemar ialah Trondheim di Norway, disusuli Wellington, New Zealand dan Reykjavik, Iceland.


Menurut pakar kesihatan pencemaran udara merupakan fakor penyumbang utama kepada penyakit kanser dan masalah sistem pernafasan.

Setiausaha Akademi Sains dan Teknologi Nepal Dr Buddhi Ratna Khadka berkata di Nepal seramai 40,000 orang menderita akibat kanser setiap tahun manakala 10,000 pesakit kanser meninggal dunia setiap tahun akibat pencemaran udara.

Pengarah Majlis Penyelidikan Kesihatan Nepal Dr Khem Bahadur Karki berkata akan wujud amaran kesihatan awam dalam tempoh dua tiga tahun akan datang jika keadaan pencemaran terus bertambah buruk.

Pakar kanan kualiti udara International Center for Integrated Mountain Development (ICIMOD) menyifatkan tahap pencemaran udara di Kathmandu berada di tahap berbahaya dan menggesa agensi berkaitan untuk mengambil langkah pencegahan segera untuk mengatasi masalah itu demi kesihatan manusia. – BERNAMA

Kategori