• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kasut ‘Nike’ Cikgu Beri Semangat Kepada Kami

oleh AK-47
01/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKEPING gambar memaparkan segala-galanya…

Tindakan seorang guru yang cuba menaikkan semula semangat anak muridnya dalam sebuah acara pertandingan bola baling di peringkat daerah Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini layak diberikan pujian.

Menurut guru berkenaan yang juga merupakan jurulatih pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan (SK) Tampulan Telipok, Iroet Marteni, 36, pasukannya ketika itu berdepan dengan pasukan hebat dari SK Seri Insan bagi merebut tempat juara kategori kumpulan.

Bagaimanapun, anak-anak muridnya pada ketika itu merasa agak gementar setelah melihat kelengkapan dan kasut sukan pasukan lawan yang agak berjenama.

“Sebelum perlawanan anak murid saya rasa down sangat sebab terlihat pihak lawan yang mempunyai kasut yang agak branded.

“Kira level of confidence diorang terus menurun, jadi saya pinjam whiteboard marker pen urus setia then saya tulis logo NIKE kat tiap-tiap kasut mereka.

“Saya katakan pada mereka, anggap diri kamu ibarat singa-singa yang lapar dan buktikan kepada cikgu anak kampung juga boleh tewaskan murid bandar,” kata Ieoet kepada Mynewshub.

Kasut 'Nike' Cikgu Beri Semangat Kepada Kami

Biarpun tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi, tindakannya itu ternyata membakar semangat pasukan sekolahnya sehingga membuatkan mereka kembali semangat bermain.

Difahamkan, mereka bukan sahaja beraksi dengan baik, malah berjaya menewaskan pasukan dari Sekolah Kebangsaan Seri Insan dengan mata 4-0, sekali gus melayakkan mereka memasuki peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, pasukan sekolahnya itu terkandas ke pusingan seterusnya disebabkan perbezaan jumlah jaringan mata diantara sekolah-sekolah lain.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada adik-adik ini dan kepada guru-guru di luar sana, anda rasanya boleh mencontohi idea kreatif dari guru ini sebagai pembakar semangat murid-murid anda. Hehe.. – MYNEWSHUB.CC

Tags: budak sekolahGuru sekolahNike
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Budak Sekolah’ Langgar Polis Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

‘Budak Sekolah’ Langgar Polis Dikenakan Bon Berkelakuan Baik

20/11/2024
0

SEREMBAN - Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dikenakan bon berkelakuan baik selama setahun dengan wang cagaran RM1,000 oleh Mahkamah...

Ayuh Ke Gatti Mega Sales Sports Expo

Ayuh Ke Gatti Mega Sales Sports Expo

13/09/2022
0

Nak beli barangan sukan, tapi nak jimat? Jangan lepaskan peluang anda untuk membeli pelbagai barangan sukan pada harga yang tak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd