• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Tentera Laut Myanmar Iring Nautical Aliya

oleh Ahmad Albab
07/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI ATAS KAPAL ‘NAUTICAL ALIYA’ DI PERAIRAN MYANMAR – Kapal peninjau Tentera Laut Myanmar akan mengiringi kapal ‘Nautical Aliya’ yang dalam misi bantuan kemanusiaan ‘Food Flotilla for Myanmar’ ke Yangon.

Kapal tentera laut itu menghampiri ‘Nautical Aliya’ sejak pukul 11 pagi ini (waktu tempatan) bagi memastikan identiti kapal serta tujuan berada di perairan negara itu.

Ketua misi kemanusiaan itu, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memaklumkan kapal berkenaan akan mengiringi Nautical Aliya bagi menjamin keselamatan.

“Saya mewakili kerajaan Malaysia berterima kasih kepada kerajaan Myanmar yang prihatin akan keselamatan kami.

“Sukarelawan dan keluarga tidak perlu risau kerana ini merupakan prosedur operasi standard sekiranya memasuki perairan negara luar,” katanya dalam sidang media di sini.

Sementara itu, kapten kapal Nautical Aliya, Mohd Firdaus Faisal Mohamad berkata kapal Tentera Laut Myanmar itu dikesan kira-kira 11 pagi.

“Ini SOP (prosedur operarasi standard) jika berada di perairan negara lain. Mereka tidak masuk ke dalam kapal untuk membuat pemeriksaan.

“Sekarang semua isu telah selesai dan harap selamat sampai di Yangon,” katanya.

Misi, yang masuk hari kelima ini, membawa 2,300 tan metrik makanan, keperluan perubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut.

Pelayaran dijangka selama 18 hari melalui Laut Andaman untuk sampai ke Yangon dan kem pelarian di Bangladesh.

Misi ini adalah anjuran Kelab Putra 1Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

Ia disertai 195 sukarelawan dari 12 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa, serta wakil-wakil pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan luar negara. – BERNAMA

Tags: MyanmarNautical AliyaRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd