Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Hari Belia Negara 2016...

PUTRAJAYA - Fokus sambutan Hari Belia Negara 2016 akan tertumpu kepada penganjuran program...

Permohonan Parol Pembunuh Lennon...

PERMOHONAN parol yang dimohon pembunuh ahli kumpulan lagenda The Beatles, John Lennon telah...

Usah Leka Gula-gula DAP...

AWAL Jun lepas, umat Islam di seluruh Malaysia gempar dengan pengumuman DAP mahu...

Harry Styles Bercinta Dengan...

AHLI kumpulan One Direction, Harry Styles dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan model...

Video: Wanita Ini Penyelamat Atau Pendera?

GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun nyaris disepit pintu lif dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Batu Uban, di sini, baru-baru ini.

Video yang menjadi tular di laman Facebook itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah turut mendapat liputan luas daripada agensi berita Daily Mail.

Menerusi rakaman, kanak-kanak perempuan itu dilihat berjalan bersendirian menuju ke dalam lif yang terbuka di pusat beli belah Sunny Point, sebelum dilihat melambai-lambai pada seseorang untuk menemaninya.

Bagaimanapun, pintu lif yang dikatakan tidak mempunyai sensor itu secara tiba-tiba mula tertutup.

Lapor Daily Mail, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada mangsa terus menendang kanak-kanak itu bagi mengelakkan mangsa tersepit. Membuatkan mangsa terjatuh.

Itu pandangan Daily Mail. Namun pelayar internet yang melihat video berkenaan (di atas) secara umumnya beranggapan waniat itu bukan penyelamat, tetapi seorang pendera.


“Tak kisah la itu ke siapa, dia mendera dan sengaja menerajang kanak-kanak itu, kanak-kanak nyata jauh pada pintu berkenaan,” kata seorang netizen.

Ada netizen berpendapat wanita itu bukan ibu kepada mangsa kerana seorang ibu tidak akan menendang anaknya sendiri.

Naluri ibu yang baik kata mereka adalah cuba capai menyelamatkan anaknya, bukannya dengan cara menendang pada bahagian muka.

Malah, ramai yang berkata bahawa wanita itu mampu menarik kanak-kanak itu berbanding menendang mukanya.

Lantas membuatkan netizen menggesa pihak polis menyiasat kejadian tersebut kerana diragui ia merupakan kes penderaan.- MYNEWSHUB.CC

Kategori