• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Lelaki 5 Tahun Lemas Terjatuh Longkang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sewaktu bermain dengan rakan-rakan, tidak jauh dari rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam, mayat mangsa, Muhamad Adif Naufal Aswardi, dijumpai seorang anggota polis di dalam sungai Charuk Kit, di sini.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras ke sungai berhampiran sewaktu hujan lebat petang semalam.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sik dan hasil bedah siasat mendapati paru-paru mangsa dimasuki air selain terdapat kesan calar pada kaki dan lebam pada mata, tiada unsur jenayah dikesan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Sementara itu, difahamkan, jenazah mangsa yang merupakan anak kepada seorang anggota polis di IPD itu akan dibawa pulang ke Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, Perlis dan dikebumikan di sana hari ini. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakmati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.