Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Beritahu Rakyat Bagaimana...

BERIKUTAN pengumuman kerajaan bahawa RM100 juta akan diperuntukkan kepada pihak hospital swasta untuk...

Shafie Apdal Anggap Saranan...

KUCHING - Saranan penasihat DAP Lim Kit Siang bagi pembentukan satu gabungan baharu...

Mayat Lelaki Mangsa Bunuh...

BOTA - Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui dengan kesan luka di kepala...

Tiada Lokaliti Baharu Dikena...

KUALA LUMPUR: Tiada lokaliti baharu di negara ini yang diumum dikenakan Perintah Kawalan...

Kanak-Kanak Dijadikan Buruh Paksa Di Gerik

SUNGAI SIPUT – Polis Perak mengesahkan terdapat kanak-kanak yang digunakan sebagai buruh paksa oleh sindiket pemerdagangan manusia seperti yangt dikesan di Gerik, Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan ini berdasarkan maklumat yang diterima serta siasatan terperinci yang telah dilakukan.

“Namun kita tidak boleh mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai siasatan kes ini demi menjaga keselamatan pemberi maklumat,” katanya kepada pemberita pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Sungai Siput di sini hari ini.

Pada 26 Februari lalu, pihak polis menyelamatkan 18 warga tempatan termasuk lima kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di daerah Kecil Kroh, Belukar Semang, Kampung Tasek di Pengkalan Hulu.

Mereka terdiri daripada 11 individu dewasa melibatkan enam wanita berusia antara 27 hingga 64 tahun, dua remaja lelaki berumur 13 dan 17 tahun serta lima kanak-kanak berusia antara dua dan tujuh tahun.

Sepasang suami isteri yang berusia 43 dan 24 tahun yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket tersebut telah direman.


Kesemua mangsa dilapor mendapat perlindungan sementara mulai semalam hingga 19 Mac dan kini ditempatkan di di Negeri Sembilan, Selangor, Johor dan Melaka.

Pada majlis terima serah tugas itu, Ketua Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Supt Abd Fatah Abd Rahman menerima tugas sebagai Ketua Polis Daerah Sungai Siput yang baharu menggantikan Supt Abdul Aziz Ahmad yang bersara wajib. – BERNAMA

Kategori