Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Pemuda PAS Minta PKR,...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Kevin Lam CEO Baharu...

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Bhd (HLBB) melantik Kevin Lam Sai Yoke sebagai...

“Saya Tidak Pernah Ada...

KUALA LUMPUR - Isteri perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa beliau...

Permohonan Tommy Thomas, Kerajaan...

KUALA LUMPUR : Permohonan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Kerajaan...

Kahwin Tahun Ini, Saleha Rancak Urus Persiapan

PELAKON Siti Saleha akhirnya mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga tahun ini.

Menurut aktres berusia 27 tahun ini, dia kini sedang rancak melakukan persiapan bagi menyambut hari bahagianya itu.

Namun begitu, Saleha masih belum bersedia untuk mendedahkan butiran lanjut mengenai majlisnya.

“Persiapan sedang berjalan. Saya melakukannya sedikit demi sedikit. Sebagai contoh busana perkahwinan masih dalam proses perbincangan. Pada masa sama saya dan tunang masih mencari tarikh sesuai.

“Saya tak mahu beri tekanan kepadanya apatah lagi dia sibuk ke luar negara atas urusan kerja.

“InsyaAllah jika semuanya sudah selesai, saya sedia berkongsi. Jadi doakan saja segala perancangan berjalan lancar,” ujarnya dipetik Harian Metro.


Adik Sam Bunkface ini bertunang dengan Lufti Azhar, seorang penjawat awam pada 26 November lalu selepas setahun menyulam cinta. – MYNEWSHUB.CC 

Kahwin Tahun Ini, Saleha Rancak Urus Persiapan

Kategori