• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Setuju Keputusan Haramkan Dego Ride

oleh Ahmad Albab
15/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kabinet bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengangkutan untuk mengharamkan perkhidmatan teksi motosikal ‘Dego Ride’ atas faktor keselamatan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya diminta memberi penerangan kepada orang ramai tentang faktor perkhidmatan itu perlu dihentikan.

“Kita tidak akan membenarkan perkhidmatan itu (Dego Ride) terus beroperasi dan saya harap mereka akan menghentikan perkhidmatan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di kementeriannya selepas menghadiri mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau sedia untuk bertemu dengan wakil syarikat Dego Ride, Liow berkata beliau terbuka untuk bertemu namun tetap dengan pendirian untuk mengharamkan perkhidmatan itu atas faktor keselamatan penumpang.

Katanya, setakat ini tiada wakil Dego Ride berjumpa dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan saman yang dikeluarkan terhadap pemilik motosikal yang menyediakan perkhidmatan itu.

“JPJ telah saman beberapa beberapa penunggang Dego Ride dan apabila mereka disaman, wakil syarikat juga dipanggil untuk soal siasat. Setakat ini (mereka) belum datang,” katanya.

Semalam, JPJ dilaporkan mengeluarkan saman kepada tiga pemilik motosikal yang menyediakan perkhidmatan Dego Ride kerana telah menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Sebelum ini, Liow berkata perkhidmatan Dego Ride menyalahi Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 serta Seksyen 16 dan 47 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pengusaha syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, walaupun penggunaan motosikal mampu mengelak kesesakan lalu lintas namun ia juga membawa kemudaratan kerana berdasarkan statistik, penunggang motosikal menyumbang kira-kira 62 peratus kepada kemalangan maut pada tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Dego Ride
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penunggang Dego Ride Perlu Diwajibkan Lesen PSV

02/01/2020
0

PETALING JAYA - Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) digesa memberikan layanan sama terhadap penunggang perkhidmatan e-hailing motosikal pertama negara, Dego...

Teksi Motosikal Dego Ride Kembali Beroperasi Hari Ini

01/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan teksi motosikal tempatan, Dego Ride kembali beroperasi hari ini setelah mendapat kelulusan khas daripada Kabinet. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd