• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Buku Fattah Amin Laris Terjual’ – Penerbit

oleh AK-47
15/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI sebalik kontroversi buku Fattah Amin, 99 Kata-Kata Fattah Amin, penerbitnya, Idea Kreatif Publlication berkata jualan coffee table book itu sangat menggalakkan dan menerima sambutan hangat di kalangan pembeli.

Menurut pemilik syarikat penerbitan buku tersebut, Zunaidah Zakaria, 43, cetakan pertama buku Fattah dicetak sebanyak 5,000 naskhah dan difahamkan ia menerima sambutan yang cukup hangat.

“Setakat ini saya difahamkan jualan sangat laris dan menggalakkan. Untuk cetakan pertama kami mengeluarkan sebanyak 5,000 naskhah.

“Jika sambutan menggalakkan ini berterusan, kami mungkin akan mengulang cetak dalam jumlah yang sama bagi memenuhi permintaan,” katanya ketika dihubungi Mynewshub, sebentar tadi.

Menceritakan lebih lanjut mengenai kolaborasi di antara mereka (Idea Kreatif) dengan Fattah, Zunainah berkata, pada awalnya, Fattah mendekati mereka bagi membincangkan hal penerbitan buku yang boleh dijadikan merchandise buat peminatnya.

“Sebenarnya, saya memang dah kenal lama dengan Fattah. Setiap kali saya lancar novel memang saya akan jemput Fattah rasmikan, sebelum dia popular lagi memang saya support (menyokong) dia.

Fattah Amin merasmikan novel terbitan Idea Kreatif beberapa bulan lalu.

“Idea buku itu dia bincang dengan saya penghujung tahun lepas tapi artwork semua dari pihak dia, ayat tu memang ayat dia.

“Bila saya baca buku tu, saya akui memang ayat-ayatnya tak sempurna tapi saya berbincang dengan pihak pengurusan dia (Fattah), kalau kita edit bagi ayat yang sempurna itu nanti tidak jadi kata-kata Fattah Amin. Sebab dia bukan pakar motivasi, dia juga bukan orang yang pakar dalam bidang penulisan, itu bukan Fattah Amin.

“Saya sendiri pun penulis, saya boleh je nak tukar atau edit kata-kata Fattah menjadi ayat-ayat yang puitis tapi nanti itu jadi ayat saya bukan ayat dia,” ujarnya ketika diminta memberi penjelasan mengenai netizen yang mengkritik ayat-ayat Fattah yang disifatkan sebagai ‘kurang cerdik’ oleh sesetengah dari mereka.

Zunaidah yang juga seorang novelis di bawah nama pena Hani Fazuha juga menjelaskan ayat-ayat yang digunakan Fattah adalah bersesuaian memandangkan coffee table book merupakan satu bahan bacaan ringan.

Berikutan kata-kata Fattah yang kini sudah menjadi tular di laman sosial sehingga dijadikan ‘parodi’ oleh sesetengah syarikat besar, Zunaidah mengatakan ia adalah satu perkara yang baik buat syarikatnya.

“Tengoklah sekarang sampai dah jadi viral, sampaikan AirAsia pun gunakan ayat dalam buku itu untuk promosikan perkhidmatan mereka, secara tidak langsung ia memberikan publisiti percuma buat buku Fattah.

“Saya pun nak cakap terima kasihlah sebab viralkan, tak perlu susah payah nak promosikan,” ujarnya dalam nada berseloroh.

Baca:  AirAsia ‘Tiru’ Kata-Kata Pujangga Fattah Amin

Ketika diminta mengulas mengenai harga buku tersebut yang dikatakan agak mahal jika dibandingkan dengan penerbitan buku tempatan yang lain, Zunaidah menjelaskan harga tersebut adalah berpatutan dengan kualiti kertas dan warna yang digunakan.

“Buku tersebut full colour selain kita guna hard cover (kulit keras), jadi saya rasa harga itu memang sudah cukup berpatutan selain pembelian buku itu turut dihadiahkan dengan CD lagu Wanita Terakhir nyanyian Fattah,” ujarnya lagi yang sudah menerbitkan lebih 200 novel setakat ini.

Di akhir perbualan Zunaidah sempat menitipkan pesanan buat orang di luar sana yang lebih suka mengkritik sebelum membaca buku tersebut, “Kita keluarkan apa-apa produk sekali pun kalau orang pandang dari sudut negatif, jadi negatiflah dia. Kalau kita pandang dari sudut positif, ia akan jadi positif.”

Baca:  Netizen Kecam Buku Fattah ‘Bangang’ Dan Penuh Selfie

99 Kata-Kata Fattah Amin boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan MPH Bookstore dengan harga RM58 senaskhah di Semenanjung Malaysia dan RM65 di Sabah dan Sarawak. – MYNEWSHUB.CC

"Salah Satu Usaha Saya Cari Rezeki Halal" - Fatah Amin

Tags: Fattah Aminpenerbitselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd