• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga Hubungan Baik Kerajaan Persekutuan, Negeri

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri mestilah dijaga dan dihormati untuk membentuk Malaysia yang aman dan makmur, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Baginda berharap kerajaan persekutuan akan terus membantu kerajaan negeri kerana negeri-negeri yang maju membangun akan membentuk satu persekutuan yang kukuh dan sebuah negara yang makmur.

“Semua pihak mestilah ingat dan faham tentang asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu iaitu jika tiada negeri-negeri tidak akan wujud persekutuan,” titah baginda ketika berkenan merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong, di Bukit Kepong di sini hari ini.

Turut berkenan berangkat Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim mengingatkan pemimpin persekutuan yang kuasa pentadbiran persekutuan diberi atas persetujuan raja-raja Melayu yang berkuasa terhadap negeri masing-masing.

“Saya tidak berniat untuk berpecah daripada persekutuan, tetapi mahu mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin di peringkat persekutuan supaya jangan lupa tentang hak dan kepentingan negeri-negeri serta kuasa raja-raja Melayu yang tidak boleh disentuh atau dikurangkan,” titah baginda.

Menyentuh isu Pulau Batu Puteh, Sultan Ibrahim mahu pulau itu dipertahankan dan diperjuangkan kerana ia adalah sebahagian daripada kedaulatan negara ini.

“Saya masih ingat pesanan Almarhum ayahanda saya iaitu Pulau Batu Puteh itu adalah milik negeri Johor. Walaupun saiz pulau itu dianggap kecil, setiap inci tanah negeri Johor mesti dipertahankan.

“Kerana itu (Pulau Batu Puteh) adalah lambang kedaulatan negeri Johor dan menjadi sebahagian daripada kedaulatan negara Malaysia,” titah Sultan Johor.

Baginda turut meminta rakyat mendoakan kejayaan negara dalam semakan kehakiman yang difailkan oleh kerajaan pusat di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran Flat Kos Rendah Di Johor kotor

Sultan Ibrahim Tegur Persekitaran Flat Kos Rendah Di Johor kotor

18/05/2023
0

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd