• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Kesihatan Melaka Siasat Kes Rotavirus

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Kesihatan Melaka sedang menyiasat dakwaan terdapat kes Rotavirus di negeri ini seperti yang tular di media sosial semalam.

Pada masa sama, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) turut menghentikan operasi air pancut di Dataran 1Malaysia di Klebang di sini yang didakwa punca ramai kanak-kanak yang bermain air pancut di situ dijangkiti Rotavirus.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Ghazali Othman berkata pihaknya telah mengambil sampel air di sekitar air pancut itu dan keputusan berkenaan dijangka diketahui dalam masa terdekat.

“Kita masih menjalankan siasatan terperinci berkaitan dakwaan ini. Setakat ini kita tidak boleh mengulas lanjut…tunggu siasatan selesai.

“Jabatan Kesihatan Melaka akan memaklumkan hasil siasatan berkenaan kepada umum apabila ia selesai dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, terdapat dakwaan ramai kanak-kanak yang bermain air pancut di Dataran 1Malaysia Klebang dijangkiti Rotavirus dan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, sehingga menjadi tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata beliau tidak menafikan ada pesakit yang dirujuk di Hospital Melaka ekoran mangsa mengalami simptom penyakit berkenaan.

“Sebelum dakwaan berkenaan tular, penyakit tersebut berlaku tetapi ia tidak melibatkan kumpulan mangsa yang banyak seperti yang disebarkan di media sosial,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk negeri ini terutama masyarakat tempatan di kawasan Klebang supaya tidak panik atau mempercayai bulat-bulat dakwaan berkenaan sebelum laporan penuh siasatan tersebut siap.

Sementara itu, Setiausaha MBMB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Salim berkata operasi air pancut berkenaan telah dihentikan serta-merta sebaik dakwaan berkenaan menjadi tular di media sosial sejak semalam.

“Orang ramai perlu faham kawasan air pancut berkenaan bukan tempat untuk mandi-manda, sebaliknya ia dibina sebagai satu elemen landskap,” katanya sambil menambah pihaknya telah mengambil sampel air di situ bagi diuji.

Menurut Sheikh Mohd Nasir, MBMB juga telah lama memasang papan tanda larangan bagi tujuan mandi-manda namun ia tidak diendahkan pengunjung yang datang ke dataran berkenaan. – BERNAMA

Tags: MelakaRotavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd