• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Shahrol Shiro Selamat Lahirkan Anak Pertama

oleh AK-47
12/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH diucapkan kepada pelawak terkenal Shahrol Shiro dan isteri, Nor Farhanah, yang telah selamat menimang cahaya mata lelaki, Rabu lalu.

Nor Farhanah melahirkan bayi seberat 2.1 kilogram itu secara normal di Hospital Enche Besar Hajah Kalsom, Kluang, Johor, kira-kira pukul 9.36 malam.

Berita gembira itu dikongsi oleh Shahrol menerusi laman Instagramnya.

Dalam posting itu, Shahrol meluahkan rasa syukurnya terhadap kurniaan Ilahi ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu kelahiran isterinya.

Menurut Shahrol, anaknya itu dilahirkan pra matang memandangkan kandungan Farhanah baru berusia 35 minggu.

Bercerita detik cemasnya itu, Shahrol memberitahu pada mulanya isterinya mengadu sakit perut dan kerap berulang-alik ke tandas sebelum tiba-tiba air ketubannya pecah.

“Tiba-tiba air ketuban pecah dan Farhanah ada masa 24 jam untuk bersalin. Situasi itu menyebabkan saya panik, namun rakan-rakan menenangkan saya dan saya terus membawanya ke hospital swasta.

“Bagaimanapun, mereka tidak ada kemudahan yang cukup untuk menyambut kelahiran bayi dalam situasi mencemaskan itu dan saya terus membawanya ke hospital kerajaan.

“Farhanah dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 7 malam dan selamat bersalin hampir tiga jam kemudian. Sepanjang dia mengalami kontraksi sehinggalah bersalin, saya temankannya serta menyambut kelahiran bayi,” katanya kepada Harian Metro.

Farhanah kini menjalani tempoh berpantang di rumah keluarganya di Kluang.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada pada 18 Mac.

Terdahulu, Shahrol pernah berkahwin buat kali pertama pada 2008 namun mereka bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan itu, Shahrol mempunyai seorang cahaya mata, Muhd Adam Danish.

Dalam perkembangan lain, Shahrol bakal menyertai program Maharaja Lawak Mega 2017 bersama Ajak mulai 17 Februari ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: shahrol shiro
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrol Shiro Aktif Berkempen Bantu BN

13/01/2020
0

KIMANIS - Pelawak terkenal, Shahrol Shiro nampaknya semakin menonjolkan diri dengan berkempen mewakili Barisan Nasional (BN). Jika sebelum itu beliau...

Shahrol Shiro Ditamatkan Kontrak Penyampai Suria FM

22/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Disebabkan masalah disiplin, pelawak popular Shahrol Shiro ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio Suria FM berkuat kuasa pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd