• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Budak Lemas Di Lombong Lantik Peguam

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Ibu bapa kepada ketiga-tiga kanak-kanak yang ditemukan lemas di bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya di sini Sabtu lalu, telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.

Peguam Mohd Harris Abdullah berkata beliau telah berjumpa dan mendapat kebenaran Mohd Sharif Awang Ngah, 50, dan Nor Habibah Aidil, 50, serta Aidil Omar, 78, iaitu ibu bapa dan datuk Nureen Ain Juwita, 10, seorang daripada mangsa kejadian itu.

Beliau menambah Zuhairi Syukor, 51, dan isteri Nor Azilah Muzaffar Shah, 32, menerusi panggilan telefon juga memberi kelulusan kepadanya untuk mendapatkan keadilan terhadap kematian anak mereka iaitu Salsabila, 12, dan Mahathir Mohamad, 7.

“Selepas mendapat kebenaran keluarga, kita akan memulakan siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab. Setakat ini, berdasarkan kenyataan awal, pemilik tanah berada di Pulau Pinang.

“Kita juga akan menyiasat siapa pemegang lesen di situ. Difahamkan lesen daripada PTG (Pejabat Tanah dan Galian negeri) adalah bagi kerja-kerja mengalih tanah, bukan melombong,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Beliau juga tidak menolak akan memfailkan saman terhadap PTG Pahang jika didapati berlaku kecuaian agensi itu kerana mengeluarkan lesen tanpa pemantauan yang sewajarnya.

“Bagaimanapun, semuanya akan diperincikan sebelum memfailkan saman. Kita menjangkakan siasatan akan mengambil masa selama sebulan sebelum dapat diikuti dengan tindakan seterusnya,” katanya.

Pada 5 petang Sabtu lalu, tiga kanak-kanak itu ditemukan lemas di lombong terbabit dipercayai selepas cuba mengambil seluar adik Salsabila, Mohamad Aiman Hakimi, 10, yang terjatuh ke dalam lombong itu.

Lombong berkenaan yang terletak berhampiran kawasan perumahan mereka dipercayai beroperasi secara haram di atas tanah persendirian sebelum ditinggalkan sejak tempoh moratorium bauksit berkuat kuasa pada 15 Jan 2016. – BERNAMA

Tags: bauksitPeguam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd