Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Prestasi Pencapaian IPT Akan...

TUMPAT - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang akan dilancarkan Selasa...

Skuad B-15 Malaysia Bermula...

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 15 (B-15) negara memulakan kempen dengan langkah kanan...

30 Maut Bot Karam...

TRIPOLI - Sekurang-kurangnya 30 pendatang meninggal dunia dan 200 yang lain berjaya diselamatkan...

UOB Kepong Ditutup Sementara,...

KUALA LUMPUR - United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) telah menutup cawangan...

Honda Sasarkan Jualan Sebanyak 100,000 Unit 2017

PETALING JAYA – Honda Malaysia menyasarkan jualan 100,000 unit tahun ini atau peningkatan sebanyak lapan peratus, berbanding dengan 91,830 unit yang dijual pada tahun lepas.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Katsuto Hayashi berkata bahagian pasaran syarikat itu dalam tahun lepas adalah sebanyak 15.8 peratus dan sasaran jualan telah tetapkan bagi mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam kategori pengeluar kereta bukan nasional untuk tahun ini.

“Walaupun kebanyakan penganalisis meramalkan senario yang kurang memberangsangkan, kami percaya 2017 bakal menjadi prospek yang positif untuk sentimen pasaran dan industri automotif rantau ini akan beransur-ansur pulih.

“Dengan ini, kami meramalkan jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk Malaysia adalah sebanyak 600,000 unit tahun ini,” katanya pada taklimat media di sini hari ini.

Honda Malaysia telah mencipta pencapaian luar biasa tahun lepas, apabila berjaya menguasai bahagian pasaran yang kedua tertinggi di kalangan operasi global Honda pada 2016, dengan 91,830 kenderaan terjual.

Hayashi berkata Honda akan terus memberi keutamaan kepada kelas yang memberikan nilai untuk wang dan kepuasan pelanggan.

Empat model baharu akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia tahun ini.

Model BR-V yang baharu (Bold Runabout Vehicle) yang diperkenalkan pada Januari lepas telah menerima tempahan sebanyak 7,000 atau bersamaan dengan jualan sembilan bulan bagi model tersebut.


Honda Malaysia juga sudah mula menerima tempahan sejak awal Februari untuk model New City yang baharu, yang dibina di atas kejayaan model generasi keempat.

Model New City itu telah diperkenalkan kepada media semasa sesi taklimat hari ini.

Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia Akhbar Danial berkata New City dilengkapi dengan ciri-ciri termaju tetapi masih mengekalkan kelegaan ruang dan keselesaan.

“Model yang diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) ini akan memberikan kecekapan bahan api yang sangat baik dan akan dapat menarik lebih banyak pelanggan yang mahu menggantikan kenderaan lama mereka.

“Ia menawarkan ciri-ciri segmen C (saiz sederhana) pada harga segmen B (kereta kecil),” kata Akhbar.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Honda

Kategori