• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Main Isu Caj Hospital Kerajaan Naik

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan meminta pihak tidak bertanggungjawab agar berhenti daripada memainkan isu dan menyebarkan maklumat tidak benar mengenai kenaikkan caj rawatan perubatan di hospital kerajaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata isu itu sering ditimbulkan terutama oleh pihak pembangkang sehingga timbul pelbagai protes, sedangkan kos yang naik hanya melibatkan perkhidmatan di wad kelas satu dan dua.

“Yang naik kos untuk kerajaan, tapi yang kita (kerajaan) caj kepada rakyat tidak naik, masih RM3 sehari bagi wad kelas tiga.

“Pesakit boleh pilih sama ada nak duduk kelas satu, dua atau tiga. Kalau duduk kelas tiga pun masih dapat jururawat dan doktor yang sama,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pelajar sempena Tahun Baharu Cina di sini, hari ini.

Beliau berkata sepanjang tahun lepas. kira-kira 2.2 juta pesakit dimasukkan ke hospital kerajaan dan daripada jumlah itu hanya lebih 30,000 pesakit dirawat di wad kelas satu dan dua.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada November lepas mengumumkan caj perkhidmatan wad untuk pesakit kelas satu dan dua dinaikkan berkuat kuasa 1 Jan lalu.

Caj baharu itu bagaimana pun tidak terpakai ke atas pesakit wad kelas tiga yang terpaksa menerima rawatan di wad kelas dua, jika tiada katil kosong di wad kelas tiga. – BERNAMA

Tags: Hospital Kerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

“Kalau Anak YB, VIP Baru Laju Mereka Buat Kerja” – Netizen

28/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran seorang wanita dikenali sebagai Faridah Hanum yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan diterima di sebuah hospital...

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd