• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kritikan Buat Buku Fattah Popular’ – Hafiz Hamidun

oleh AK-47
15/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Hafiz Hamidun menganggap kecaman dan kritikan terhadap buku 99 Kata-Kata Fattah Amin hanya mempopularkan buku tersebut termasuk melariskan lagi jualannya.

Hafiz, 33, berkata, dia yang pernah melalui pengalaman yang sama ketika menerbitkan buku Cerita Hati Hafiz Hamidun tahun lalu mengakui karya tersebut sudah terjual kira-kita 30,000 naskhah selepas menjadi tular.
“Fattah tidak buat salah dan itu hak dia untuk hasilkan buku dan saya percaya dia juga menerima permintaan daripada pihak penerbit.
“Kalau enggan beli, tidak perlu kecam kerana kadang-kadang mereka kecam tanpa asas yang kukuh. Ia sebaliknya menjadikan buku itu menjadi viral.

“Dulu buku saya orang kecam dan kata penuh dengan swafoto, tapi sebenarnya hanya lima helai selfie daripada 200 helai keseluruhan buku berkenaan,” ujarnya.

Hafiz diminta mengulas tentang buku 99 Kata-Kata Fattah Amin yang teruk dikritik ramai netizen sejak dilancarkan pada Sabtu minggu lalu.

Fattah bergambar bersama peminat pada majlis pelancaran bukunya yang berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin.

Perkara yang sama pernah berlaku kepada penyanyi tersebut ketika melancarkan buku Cerita Hati Hafiz Hamidun pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Hafiz berkata, Fattah seharusnya membuat kajian terperinci tentang harga buku yang ingin dijual dan golongan sasaran pembeli.

“Fattah seharusnya buat kajian tentang harga dan golongan peminat dia sama ada mampu beli atau tidak. Orang akan marah jika ia terlalu mahal,” ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hafiz kini berada di Yemen bagi menyertai misi bantuan makanan kepada penduduk republik berkenaan.

Katanya, dia sudah berada di negara berkenaan sejak lebih seminggu yang lalu.

“Saya kini di Yemen bagi menyertai misi bantuan kemanusian dan mengagihkan makanan kepada penduduk negara itu.
“Saya juga merancang untuk memulakan projek Yemen Food Project bersama rakan-rakan untuk mengutip lagi derma kepada masyarakat negara itu yang memerlukan,” ujarnya. – mStar

Tags: Fattah Aminhafiz hamidunpenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd