• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Pembesar Suara Siar Berita Jong-nam

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Korea Selatan menggunakan pembesar suara gergasi untuk menyiarkan berita pembunuhan yang disifatkan dramatik abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di sempadan jiran utaranya itu, semalam.

Abang Jong-un, Jong-nam, anak lelaki sulung mendiang pemimpin Pyongyang, Kim Jong-il, meninggal dunia 13 Februari lalu selepas diserang dua wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dalam apa yang disyaki pembunuhan dirancang oleh Korea Utara.

Media tempatan Korea Utara mendiamkan diri berhubung pembunuhan itu sehingga ia mengeluarkan serangan balas terhadap siasatan Malaysia semalam, tanpa mendedahkan nama Jong-nam sebagai mangsanya.

Stesen televisyen MBC berkata, Korea Selatan minggu ini memasang pembesar suara desibel tinggi bagi memastikan butiran berhubung kematian Jong-nam, satu ketika dulu dipercayai waris kepimpinan, bergema di kawasan sempadan.

“Kim Jong-nam meninggal dunia selepas diserang dua wanita tidak dikenali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Malaysia.

“Pihak berkuasa Malaysia berkata empat suspek adalah warga Korea Utara termasuk seorang yang sudah ditahan,” kata mesej yang dipasang daripada pembesar suara dan dimainkan semula stesen televisyen itu.

Berita mengenai dunia luar disekat dan ditapis rejim Pyongyang di bawah pemerintahan diktator keluarga Kim, memerintah negara itu selama berdekad secara kuku besi dan personaliti kultus.

Tentera Korea Selatan selama beberapa tahun menyiarkan campuran berita dunia, mesej propaganda dan lagu K-pop menyeberangi sempadan menggunakan berpuluh pembesar suara, menyasar tentera di negara terasing itu.

Ia memiliki jarak liputan sejauh 10 kilometer. – AFP/BH ONLINE

Tags: Kim Jong-NamKim Jong-unKorea SelatanKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd