Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Victor Sah Penaja Utama...

KUALA LUMPUR : Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang kini bergerak...

KAFA Kecewa Lesen Kebangsaan,...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kecewa dengan keputusan Badan Rayuan...

Gambar Pra Konvokesyen Yang...

SEKARANG ini kebanyakan universiti sedang mengadakan majlis konvokesyen bagi mengiktiraf hasil penat lelah...

Tiada Untung, Skuad Felcra...

Biarpun mempamerkan aksi memukau dalam saingan Liga Premier 2018, menyaksikan Felcra FC berjaya...

Guna Dron Racun Sawah Berbahaya – CAP

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah cadangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) supaya pesawah menggunakan dron untuk meracun sawah bagi mengawal makhluk perosak.

S.M. Mohamed Idris berkata, langkah itu boleh menimbulkan masalah pencemaran udara yang serius dan mengancam kesihatan serta alam sekitar dengan meluas.

“CAP membantah keputusan tersebut berdasarkan kepada kejadian buruk yang menimpa komuniti di Kasaragod, Kerala dan tempat-tempat lain lanjutan daripada penggunaan penyemburan melalui udara.

“Kesan akibat penggunaan dron itu akan lebih ketara terhadap kanak-kanak dan ibu mengandung yang terdedah kepada pencemaran udara beracun itu. Meskipun kandungan sisa racun adalah rendah, ia masih membahayakan kesihatan dan alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed berkata, dron tidak sesuai digunakan di kawasan MADA kerana terdapat banyak penduduk kampung akan terhidu bahan kimia tersebut.

Kata beliau, tanaman lain yang diusahakan, saliran dan binatang ternakan serta hidupan akuatik juga akan turut terjejas kerana pencemaran udara itu.


“MADA seharusnya bergerak ke arah pertanian asli tanpa menggunakan bahan kimia untuk menjamin keselamatan makanan, memperbanyakkan kepelbagaian pertanian dan melindungi alam sekitar.

“Penggunaan dron untuk meracun sawah adalah kaedah yang tidak rasional dan cadangan ini perlu dihentikan segera,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori