• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaum Buat Laporan Ke Atas Shafie Dan Dr. Mahathir

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (Gaum) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengerusi Gaum Datuk Zulkarnain Mahdar berkata laporan itu dibuat susulan dakwaan pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dalam blognya pada 27 Sept tahun lepas bertajuk ‘Shafie harus respons, isu penggunaan wang taikun’ mengenai dakwaan salah guna kuasa Mohd Shafie yang merupakan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Ini merupakan laporan kedua dibuat kami kepada SPRM kerana tiada tindakan lanjut yang dilakukan pihak SPRM terhadap laporan pertama kami sebelum ini,” katanya kepada media selepas membuat laporan di SPRM di sini hari ini.

Zulkarnain berkata laporan turut dibuat kepada SPRM terhadap Dr. Mahathir berkaitan isu kerugian Bank Negara melibatkan RM30 bilion dalam urus niaga tukaran wang asing pada 1992, ketika beliau Perdana Menteri.

“Selepas ini kami akan turut membuat laporan kepada pihak polis dan Bank Negara Malaysia supaya satu pasukan khas dapat ditubuhkan untuk menyiasat kerugian ini,” katanya.

Katanya laporan itu dibuat kerana sehingga kini tiada seorang pun yang bertanggungjawab atas kerugian besar milik wang rakyat itut. – BERNAMA

Tags: GaumShafie ApdalSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd