• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Dilapor Hilang Ditemui Selamat Malam Tadi

oleh Ahmad Albab
01/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Nur Atikah Mohd Sharin, 21, gadis yang dilaporkan hilang sejak 26 Januari lepas, ditemui malam tadi dan berada dalam keadaan selamat di Balai Polis Bandar Tenggara di Kulai, dekat sini.

Bapanya, Mohd Sharin Mahmood, 49, memaklumkan Nur Atikah diserahkan ke balai polis oleh seorang wanita berusia lewat 20-an yang tidak dikenali keluarganya dan didakwa menjaga anaknya selama enam hari.

Mohd Sharin berkata keluarga wanita berkenaan hanya mengetahui status kehilangan Nur Atikah selepas berita kehilangan itu disebarkan oleh media sebelum bertindak menyerahkannya ke Balai Polis Bandar Tenggara.

“Saya mendapat panggilan dari balai polis lebih kurang pukul 10 malam tadi yang menyatakan anak saya sudah ditemui. Saya terus bergegas ke sana (balai polis) sebelum membawanya pulang ke rumah keluarga kami di Taman Cendana, Pasir Gudang, 5 pagi tadi,” katanya yang ditemui pemberita di Pejabat UMNO Parlimen Pasir Gudang di sini, hari ini.

Hadir sama, anggota Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abd. Samad.

Menurut Mohd. Sharin, anak gadisnya itu tidak banyak berbual, namun, menyebut ada lelaki yang membawanya dari tempat kerja lalu ditinggalkan di sebuah pusat beli-belah di Kulai sebelum ditemui wanita berkenaan.

Beliau berkata keluarga wanita berkenaan yang menetap di Bandar Tenggara didapati telah menjaga Nur Atikah dengan baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Jokhiri Abd Aziz berkata siasatan polis mendapati kes berkenaan tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.

“Gadis itu dipercayai telah pergi ke rumah kawannya, namun, dia tidak memaklumkan kepada ibu dan bapanya. Malam tadi, gadis tersebut telah pun diserahkan di Balai Polis Bandar Tenggara dan polis menganggap kes ini telah selesai,” katanya.

Nur Atikah yang mesra dipanggil kakak itu disedari hilang pada pukul 12.45 tengah hari, 26 Jan lepas selepas bapanya menerima panggilan daripada penyelia pasar raya di tempat Nur Atikah bekerja yang memaklumkan gadis itu tidak pergi ke tempat kerja.

Ekoran itu, Mohd Sharin membuat laporan di Balai Polis Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, pada keesokan harinya (27 Januari). – BERNAMA

Tags: gadiskes hilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hebatnya ‘Awek’ Roti Canai beraksi!

07/04/2021
0

CHERATING - Siapa sangka menebar roti canai kini tidak hanya tertumpu kepada kaum lelaki sahaja, malah kemahiran itu mula dikuasai...

Video Gadis Rebah Bukan Kerana Koronavirus

28/01/2020
0

KUANTAN - Ahli keluarga kepada gadis yang rebah dan meninggal dunia di sebuah kedai di Shah Alam Ahad lalu, tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd