• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fesyen Grammy Yang Cantik Dan Jelik

oleh AK-47
14/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANUGERAH Grammy ke-59 semalam menyaksikan penguasaan penyanyi kelahiran United Kingdom, Adele menembusi anugerah pencapaian muzik Amerika Syarikat apabila berjaya menyapu bersih kelima-lima trofi dalam kategori yang mencalonkannya.

Adele, 29, memenangi Album Terbaik, Rekod Terbaik, Lagu Terbaik, Persembahan Pop Solo Terbaik dan Vokal Solo Pop Terbaik menerusi lagu hitsnya, Hello.

Baca: Adele Menang Besar Anugerah Grammy Ke-59

Seperti mana lazim sesebuah majlis anugerah hiburan, selain barisan pemenang, peminat juga cukup teruja dengan persalinan gaun dan sut yang digayakan oleh selebriti-selebriti ternama dunia ini.

Kebijaksaan mereka menyuai padan pakaian turut menjadi antara faktor menyebabkan peminat meminati mereka selain lagu-lagu hits berhantu yang didendangkan.

Antara fesyen selebriti yang cantik semalam, pastinya Adele yang tampil dengan gaun berwarna hijau rekaan Givenchy.

Gaun ini digambarkan mempunyai sedikit ciri-ciri anyaman rotan yang popular di kalangan masyarakat Melayu. Selain itu, penyanyi ini turut menyelitkan penggunaan brooch berbentuk buah lemon yang disematkan di dada kanannya.

Fesyen Grammy Yang Cantik Dan Jelik
Adele

Selain Adele, penampilan isteri John Legend, supermodel Chrissy Teigen turut mendapat pujian ramai.

Menggayakan gaun berwarna hitam, Chrissy cukup menawan dalam dress rekaan Roberto Cavalli ini.

Fesyen Grammy Yang Cantik Dan Jelik
Chrissy Teigen

Jika kebiasaannya Jennifer Lopez gemar tampil dengan dress berwarna terang, kali ini dia tone down sedikit dengan menggunakan warna pastel ungu lembut.

Gaun yang mendedahkan sebahagian dada dan kakinya itu merupakan rekaan Ralph & Russo.

Fesyen Grammy Yang Cantik Dan Jelik
Jennifer Lopez

Penyanyi yang namanya cukup hangat diperkatakan kini disebabkan berita kehamilan anak kembar, Beyonce juga tidak mahu kalah dalam bergaya apabila menggayakan gaun lip-lap lip-lap berwarna merah hati.

Superstar itu hadir ditemani suaminya, Jay-Z yang segak bergaya dengan sut berwarna biru gelap.

Fesyen Grammy Yang Cantik Dan Jelik
Jay-Z dan Beyonce

Jika yang di atas ini merupakan selebriti yang bijak bergaya, di bawah pula merupakan seleksi pakaian jelik yang dipamerkan dalam acara muzik terbesar di negara Uncle Sam itu.

Antaranya, Ceelo Green yang berselubung seluruh tubuhnya dengan material baju berwarna emas.

Penampilan Halsey yang kelihatan ‘tak cukup siap’ juga turut dikritik portal antarabangsa yang tidak berkenan dengan stail baju tidur satin yang dikenakannya itu.

Penyanyi Joy Villa turut dihentam apabila memakai gaun tertera slogan kempen presiden Amerika Syarikat, Donald Trump iaitu Make America Great Again. – MYNEWSHUB.CC 

Fesyen Grammy Yang Cantik Dan Jelik
Halsey
Fesyen Grammy Yang Cantik Dan Jelik
Ceelo Green
Fesyen Grammy Yang Cantik Dan Jelik
Joy Villa

Tags: Grammypenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd