• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Perlu Perubahan Positif Menerusi Pimpinan Baharu

oleh AK-47
14/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu perubahan positif demi kemajuan dan pembangunan bola sepak di negara ini menerusi pucuk pimpinan baharu badan induk bola sepak negara itu.

Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan berkata ini kerana, semua pihak mahu melihat perubahan itu dan pucuk pimpinan baharu FAM harus merealisasikannya.

“Ini harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat kebangkitan bola sepak negara. Apa yang kita mahukan dalam bola sepak antaranya adalah memberi balik kepada masyarakat. Ketua yang baik, pengurusan dan jurulatih di peringkat negeri yang boleh membantu memberikan FAM wajah baharu.

“Jadi, FAM perlu memulakan semuanya dari peringkat akar umbi bermula di sekolah lagi. Tidak ada lagi kejohanan di peringkat sekolah dan kelab juga dilihat lemah, jadi, jika perkara ini dibiarkan berterusan maka bola sepak tidak akan sesekali berkembang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran Klinik Yayasan Real Madrid oleh pengerusi Lembaga Pengelola Epsom College in Malaysia (ECiM) Tan Sri Dr Tony Fernandes.

Peter Velappan berkata pucuk pimpinan baharu FAM perlu memainkan peranan bermula di peringkat akar umbi bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak.

Justeru, beliau berkata mana-mana presiden baharu yang dipilih selepas ini perlu mengkaji secara mendalam mengenai struktur terbaharu di FAM termasuk di peringkat kelab, negeri mahupun kebangsaan.

“Saya percaya, jika kita mempunyai satu pasukan yang baik, kita mampu untuk membawa bola sepak di negara ini ke tahap lebih baik,” katanya.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa, sah bertanding jawatan Presiden FAM.

Pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 diadakan serentak dengan Kongres Tahunan FAM ke-53 pada 25 Mac ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Peter VelappanFAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd