• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Facebook Milik Jong-Nam Tiba-Tiba ‘Lesap’

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA semalam, media melaporkan telah menemui satu akaun Facebook yang dipercayai milik Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Terbaharu, akaun FB yang menggunakan nama Kim Chol itu dikatakan telah ‘lesap’.

BACA: Aktif Di FB Mungkin Punca Jong-Nam Dibunuh

Menurut laporan Harian Metro, akaun FB dengan URL https://www.facebook.com/kim.chol.1 itu dilihat sudah pun tiada sejak malam tadi.

Menerusi tinjauan Mynewshub sebelum ini, akaun FB milik Jong-nam menggunakan gambar profil seekor tupai yang diletakkan ‘filter’ bendera Perancis bagi menunjukkan solidariti kepada mangsa-mangsa yang terkorban semasa serangan di Paris.

Akaun Facebook itu yang dipercayai dikemas kini pada 16 November 2015 itu, turut mengandungi gambar-gambar lama Jong-nam di Macau, China.

Laman berita bebas, NK News melaporkan rekod kemas kini terawal di FB Kim Chol itu ialah pada 16 Oktober 2008, tiga tahun sebelum kematian bapanya, Kim Jong-il.

Informasi lain yang terdapat pada profailnya termasuklah latar belakang pendidikannya, iaitu di International School of Geneva dan Lycée français de Moscou (Alexandre Dumas French School di Moscow,Rusia).

Pada Isnin lalu, Jong-nam dilaporkan dibunuh menggunakan racun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kim Jong-Nam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Prank’ Ubah Perjalanan Hidup Siti Aisyah

30/09/2019
0

JAKARTA - "Saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan. Mereka berjanji akan menjadikan saya seorang bintang. "Saya berasa bodoh...

Kim Jong-nam Sumber Maklumat CIA

11/06/2019
0

WASHINGTON – Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang dibunuh di Malaysia pada tahun 2017 adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd