• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ezad Terpaksa Pilih Kawan Bimbang Terjebak Dadah

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Ezad Lazim memberitahu dia kini lebih berhati-hati memilih kawan kerana bimbang akan terjebak kembali dalam kancah penyalahgunaan dadah.

Ezad berkata, dia tidak mahu mengulangi kesilapan sekiranya salah memilih kawan yang pada akhirnya akan mensia-siakan kepercayaan diberikan keluarga dan peminat terhadapnya.

“Alhamdulillah selepas kejadian saya ditangkap kerana dadah dua tahun lalu kehidupan saya semakin positif malah sokongan daripada rakan-rakan, keluarga dan peminat sangat hebat.

“Sejak itu juga saya memang berhati-hati dalam memilih kawan kerana bimbang akan kembali terjebak.

“Saya tidak mahu lagi terjerumus dengan najis dadah dan cara paling baik adalah jauhi ‘kawan’ yang masih mengambil dadah,” katanya kepada mStar Online.

Ezad atau Mohd. Rohaizad Mohd Lazim, 38, bagaimanapun tidak menafikan sejak diserang penyakit usus pada Jun tahun lalu dia pernah terfikir untuk kembali dengan tabiat lamanya itu.

Ezad Terpaksa Pilih Kawan Bimbang Terjebak Dadah
Ezad kini semakin sihat sejak diserang penyakit usus sejak Jun tahun lalu.

Jelasnya, ketika itu dia berfikir penyakit itu boleh diubati sekiranya dia kembali mengambil dadah.

“Ketika itu semua tahu bagaimana penyakit usus yang saya alami sangat teruk sehingga berulang kali keluar masuk hospital.

“Sehinggakan saya sering menangis dan bercakap seorang diri sampai terfikir cara untuk baik adalah dengan kembali mengambil dadah.

“Tetapi itu semua permainan psikologi, Alhamdulillah apabila fikir keluarga, peminat dan rakan-rakan saya kuatkan semangat,” ujarnya.

Bercakap mengenai kesihatannya, Ezad berkata, dia semakin beransur pulih namun perlu menjaga pemakanannya agar penyakit sama tidak berulang.

Katanya lagi, selain tidak boleh mengambil makanan pedas dia juga tidak boleh makan lewat untuk mengelakkan perutnya berasid yang menyebabkan dia mengalami muntah-muntah.

“Sejak sakit berat badan saya yang dahulunya 62 kilogram kini tinggal 56 kilogram sahaja namun Alhamdulillah keadaan bertambah baik.

“Paling penting sekarang saya perlu jaga pemakanan kalau tak memang penyakit itu akan kembali,” jelasnya.

Sementara itu, Ezad berkata, dia sudah bersedia untuk kembali merancakkan karier seninya selepas beberapa bulan berehat.

“Sebelum ini saya banyak tolak undangan nyanyian kerana tidak sihat tetapi sekarang keadaan pun dah bertambah baik saya sedia untuk kembali menyanyi.

“Malah saya sedang dalam proses merakamkan single terbaharu saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya. – mStar Online

Tags: Ezad Lazimpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd