• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enggan Bayar Bil Rawatan, Lelaki Serang Doktor ER

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang doktor bertugas di bilik kecemasan (ER) Hospital Besar Tentera Jinan diserang oleh seorang lelaki iaitu rakan kepada pesakitnya setelah diminta menjelaskan bil rawatan.

Menurut People’s Daily Online, suspek dikenali sebagai Zhang itu tiba-tiba naik angin dan bertindak ganas terhadap doktor itu kerana enggan bayar kos rawatan rakannya itu dalam kejadian yang berlaku pada 14 Februari lalu.

Ketika insiden itu, doktor malang yang tidak didedahkan identitinya itu sedang merawat seorang pesakitnya yang mengalami kecederaan serius di ER sebelum didatangi suspek memintanya untuk merawat rakannya itu.

Namun jelas laman berita tersebut lagi, doktor itu sebaliknya mengambil keputusan untuk meletakkan rakan suspek tersebut di dalam sebuah ER bagi tujuan pemerhatian.

Enggan Bayar Bil Rawatan, Lelaki Serang Doktor ER

Mangsa kemudian meminta Zhang untuk menjelaskan kos rawatan rakannya itu namun suspek yang enggan berbuat demikian bertindak mengamuk dengan mengambil bekalan ubat-ubatan dan melempar ke arah doktor itu.

Seorang wanita lain dilihat bergegas ke arah suspek tersebut dan cuba untuk menenangkannya tetapi percubaannya itu tidak berhasil.

Malah suspek juga dilihat menendang doktor itu beberapa kali sebelum dia bertindak mengambil sebuah kerusi dan cuba membalingnya ke arah mangsa namun tiba-tiba membatalkan hasratnya.

Tambah laman itu lagi, doktor malang itu difahamkan mengalami calar-calar pada badannya akibat diserang suspek. Insiden yang berlaku itu mendapat perhatian pihak polis dan kes itu sedang disiasat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: amukbilik kecemasandiserangdoktor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd