Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Lelaki Buruan Polis Ditembak...

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang menjadi buruan polis, yang juga anggota kumpulan...

Pembubaran Umpama Hukuman Kepada...

UNIT Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO tidak bersetuju tindakan kerajaan memansuhkan Majlis Profesor...

Bekalan Barangan Basah Semasa...

KUALA LUMPUR - Peniaga barangan basah di beberapa pasar borong di ibu kota...

2 Remaja Buat Aksi...

KUANTAN - Aksi dua remaja melakukan aksi 'willy' semasa menunggang motosikal membawa padah...

Edar Dadah: Kelindan Lori Dihukum Mati

MUAR – Seorang kelindan lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah di Taman Puteri, Kluang dekat sini, tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Muhammad Jamil Hussin menjatuhi hukuman itu ke atas R. Karuppu Samy, 36, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Muhammad Jamil dalam penghakimannya berkata keterangan tertuduh yang tidak mengetahui kewujudan kotak hitam mengandungi dadah itu adalah jelas penafian semata-mata.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 657 gram di sebuah rumah beralamat No 46, Jalan Sutera 2/6, Taman Puteri, Kluang dekat sini pada pukul 12.10 tengah malam, 20 Mac tahun lepas.

Pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Seramai 12 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi manakala tertuduh diwakili peguam Salmi Hamdan Sabran (HE). – BERNAMA

Kategori